
info pasal diorang :
Joanna & Co was first formed in 2006 when Joanna was discovered on a local radio station, XfreshFM by local producers bard and arab. Herewith, assembled Ijam, Kusha and Farid for Joanna. They instantly found music chemistry and a brother-sister bond that made them inseparable.
translate : Joanna & Co mula ditubuhkan pada tahun 2006, dianggotai oleh Joanna (penyanyi dan penari serta jurucakap), Ijam (gitar + tukang cakap sikit²), Kusha (bass + tukang menyampuk cakap) dan Farid (drum + bercakap apabila perlu. Mereka segera menemui genre dan arahtuju muzik yang ingin dimainkan oleh diorang serta ikatan brother-sister ala-ala brotherhood 'my nigga' yang kuat antara mereka, menjadikan ikatan antara mereka sangat erat seperti aur dengan tebing, dan air dicincang, takkan putus. Kadang² boleh juga diumpamakan 'carik-carik bulu ayam,akhirnya bertangkup jua'.

Joanna & Co dikenali ramai apabila single mereka 'Aku Pelangi' atau dalam bahasa omputih nya 'i rainbow' (BUKAN I ROBOT oke!) meletup di pasaran, bukan pasaran saham ataupun pasaran ikan. Lagu-lagu mereka kerap dimainkan oleh stesen² radio seperti Xfresh Fm, KL fm dll. Selepas single pertama mereka 'Aku Pelangi' meletup di pasaran, single kedua mereka, 'LUTSINAR' atau 'transparent' dalam bahasa inggerisnya, juga mendapat sambutan hangat daripada anak² gadis dan juga anak² yg bukan gadis, serta menjadi siulan golongan lelaki juga. Dengan kejayaan kedua-dua single ini, mereka semakin berani untuk melangkah ke depan dan berharap agar dapat menghasilkan karya² muzik mengikut adunan citarasa mereka sendiri.
Tidak dinafikan, genre muzik yang dihasilkan mereka agak unik dan sedikit berbeza dengan trend muzik pada masa sekarang, dan tidak mustahil, band ini akan dapat melangkah jauh, dengan syarat mereka dapat terus menghasilkan karya mereka yang tersendiri dan tidak berpecah belah(pecah kaca pecah gelas).

members of Joanna & co
Joanna Renisa - Vocalist
Rohaizam Ijam - Guitarist
Farid Hashimoto - Drummer
Luca D'Jiwa Kusha - Bassist
Keyboardist (sessionist): - Hairee Chavo and Cimaw

Sebarang pertanyaan, permintaan, booking dan sebagainya, boleh hubungi:
Affis - Band Manager (017-35 198 35)
info diperolehi daripada http://www.facebook.com/joannaandco serta myspace mereka.
No comments:
Post a Comment