someone who love you or someone you love..?

Are you gonna stay with the one who loves you? who always try to make u smiles..
Or are you goin' back to the one you love? who makes u cried over and over again..




guess..she choosed to be with the one she love~

Asas ajaran Kristian


agama Kristian adalah antara agama yang terawal di atas muka bumi ini. Namun selepas diturunkan rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W, semua wajib menyembah kepada Tuhan yang satu, yang esa dan mengikuti ajaran Islam.
Begitu juga dengan semua kitab yang diturunkan sebelum Quran, semuanya terbatal dan Quran adalah kitab yang wajib dipercayai dan diamalkan segala isinya.

Namun perlulah kita mengetahui juga sedikit sebanyak tentang agama² lain, agar akidah dan pegangan kita semakin teguh.

Basic/ Fundamental/Asas ajaran agama Kristian adalah cinta/kasih sayang, manakala Asas ajaran agama Islam adalah Tauhid/mengEsakan Allah, Tuhan yang satu.
Ini adalah perkara asas yg menjadi tonggak kepada agama masing².

Bg pengikut Kristian, mereka percaya, cinta dan kasih syg adalah pemangkin kepada aspek kehidupan mereka, oleh sebab itu, tidak pelik jika cinta dan kasih sayang adalah perkara yg sangat penting dlm kehidupan mereka, ditambah dgn kebanjiran cerita² yang berkonsep sedemikian. mereka tidak menTauhidkan Tuhan mereka, bahkan, mereka menjadikan Tuhan menjadi 3, ditambah dengan patung² yang ada di mana², dan mereka percaya juga. patung² itu akan menjadi pengganti kepada Tuhan mereka, ;mereka mencipta patung yg mereka percaya sbg Nabi Isa / Jesus, dan menyembah nya sbg Tuhan. Kerana terlalu menitik beratkan kaseh syg, mereka cuba mencipta pelbagai cara yg bg mereka sesuai dengan ajaran dan membuang perkara yang mereka rasakan tidak sesuai. seolah, matlamat menghalalkan cara..

Bagi penganut Islam, Tauhid/mengEsakan Allah adalah perkara utama, dan cinta serta kasih sayang adalah cabang² yg mengukuhkan keimanan mereka. Ibarat sebatang pokok, perkara Tauhidnya adalah akar, imannya adalah batang pokok, serta kasih syg dan sbgainya adalah umpama ranting² kecil yang menjalar dan menyokong kehidupan daun² serta bunga² yang cantik. semuanya saling melengkapi, dan akhirnya sempurna..

namun sayang, ramai penganut Islam hanyalah sekadar nama sahaja..

AMENO dan perjuangan yang klise


Mereka wujud kerana mendakwa mereka adalah penyelamat bangsa.
mereka bercakap mengenai perpaduan bangsa
mereka bersembang mengenai kepentingan bangsa
bagi mereka, mereka adalah tonggak bangsa

cis!

bangsaku, bangsaku
bangsaku wujud lama dahulu
wujud dahulu sebelum mereka
mereka yang mendakwa pembela bangsaku

tanpa mereka bangsaku masih wujud
masih utuh,
masih megah,
masih kuat,
masih teguh,

siapa mereka untuk berlagak sedemikian,
berkata-kata megah konon penyelamat bangsa,
konon tanpa mereka, bangsaku akan musnah

hey petualang!

kamu menumpang atas nama bangsaku,
atas nama bangsaku,
kamu merosakkan semuanya
kamu menjadikan bangsaku,
kacau bilau
lemah
dan penagih simpati

sudah-sudah lah
hentikanlah agenda mu itu
cukup-cukuplah membodoh-bodohkan bangsaku
kerna adanya orang-orang seperti kamu
bangsaku tak mungkin maju searus zaman yang semakin berubah
jurang kehidupan makin menjauh
yang miskin makin melarat
yang kaya mengaut harta
pekerja diperas keringat
bagi menagih gaji rm800 setiap purnama..

WALI BAND - BAIK BAIK SAYANG ( ORIGINAL )

aku tau lagu nih sbb ada org bg suh tgk.. best gak sbnarnya.. so layan je. :)

This Is! : Joanna & Co

This Is! kali ini adalah untuk sebuah band indie iaitu Joanna & Co.



info pasal diorang :
Joanna & Co was first formed in 2006 when Joanna was discovered on a local radio station, XfreshFM by local producers bard and arab. Herewith, assembled Ijam, Kusha and Farid for Joanna. They instantly found music chemistry and a brother-sister bond that made them inseparable.

translate : Joanna & Co mula ditubuhkan pada tahun 2006, dianggotai oleh Joanna (penyanyi dan penari serta jurucakap), Ijam (gitar + tukang cakap sikit²), Kusha (bass + tukang menyampuk cakap) dan Farid (drum + bercakap apabila perlu. Mereka segera menemui genre dan arahtuju muzik yang ingin dimainkan oleh diorang serta ikatan brother-sister ala-ala brotherhood 'my nigga' yang kuat antara mereka, menjadikan ikatan antara mereka sangat erat seperti aur dengan tebing, dan air dicincang, takkan putus. Kadang² boleh juga diumpamakan 'carik-carik bulu ayam,akhirnya bertangkup jua'.



Joanna & Co dikenali ramai apabila single mereka 'Aku Pelangi' atau dalam bahasa omputih nya 'i rainbow' (BUKAN I ROBOT oke!) meletup di pasaran, bukan pasaran saham ataupun pasaran ikan. Lagu-lagu mereka kerap dimainkan oleh stesen² radio seperti Xfresh Fm, KL fm dll. Selepas single pertama mereka 'Aku Pelangi' meletup di pasaran, single kedua mereka, 'LUTSINAR' atau 'transparent' dalam bahasa inggerisnya, juga mendapat sambutan hangat daripada anak² gadis dan juga anak² yg bukan gadis, serta menjadi siulan golongan lelaki juga. Dengan kejayaan kedua-dua single ini, mereka semakin berani untuk melangkah ke depan dan berharap agar dapat menghasilkan karya² muzik mengikut adunan citarasa mereka sendiri.

Tidak dinafikan, genre muzik yang dihasilkan mereka agak unik dan sedikit berbeza dengan trend muzik pada masa sekarang, dan tidak mustahil, band ini akan dapat melangkah jauh, dengan syarat mereka dapat terus menghasilkan karya mereka yang tersendiri dan tidak berpecah belah(pecah kaca pecah gelas).




members of Joanna & co

Joanna Renisa - Vocalist
Rohaizam Ijam - Guitarist
Farid Hashimoto - Drummer
Luca D'Jiwa Kusha - Bassist
Keyboardist (sessionist): - Hairee Chavo and Cimaw



Sebarang pertanyaan, permintaan, booking dan sebagainya, boleh hubungi:
Affis - Band Manager (017-35 198 35)

info diperolehi daripada http://www.facebook.com/joannaandco serta myspace mereka.

This Is! : Reem Shahwa

This Is! edisi kali ini adalah : Reem Shahwa Mohd Radza



Reem adalah penyampai sukan di ESPN Sportcenter Edisi Bahasa Malaysia, bergandingan dengan Lisa Wong.
ni sedikit sebanyak pasal dia, aku copy dari Hmetro



NAMA: Reem Shahwa Mohd Radza
TARIKH LAHIR: 31 Oktober 1985
ASAL: Kuala Lumpur
TINGGI: 155 sentimeter
BERAT: 44 kilogram
MAKANAN KEGEMARAN: Masakan Jepun dan Itali serta masakan ibu, nasi rawan
MINUMAN KEGEMARAN: Air putih
TEMPAT INGIN DILAWATI: Kepulauan Maldives
ARTIS DIMINATI: Sheila Majid
PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Perhubungan Awam dan Penyiaran dari Universiti Murdoch Perth, Australia

Quote :
"Saya orang Melayu tiada darah campuran," katanya tersenyum.
-walaupun muka dia cam mixed je, and maybe sebab itu ESPN beriyer nak amik dia jadi pengacara, sbb muka nampak mixed.

"Setiap orang bermula dengan proses pembelajaran. Bukan semua orang terus tahu dan mahir apa yang mereka lakukan. Proses pembelajaran tetap ada dari semasa ke semasa. Itulah yang saya lakukan.

-dia ada falsafah hidup dan boleh memberi nasihat yang baik


"Biarlah penonton merasakan saya benar-benar layak mengendalikan rancangan ini dan mereka seronok menonton,"
-bercita-cita tinggi untuk menarik minat penonton, with or without her, org still akan tonton SC jugak, but with her onboard, mebi lebih ramai akan balik awal semata2 nak tgk dia kot?. heh

"Pada zaman teknologi maklumat ini, kita tidak boleh mengabaikan nilai kekeluargaan kerana jika nilai ini makin terhakis maka akan muncul pelbagai masalah sosial.
-ada family values dalam ayat ni, mebi dia sorang yang berjiwa kekeluargaan yang tinggi. Kudos! to her!

"Selain mengacara saya gemar menulis. Mungkin saya mahu menulis novel," katanya yang sangat rapat dengan ibunya.

-harap dia menulis English novel, instead of Malay ;)


that's all!

'naik' dan 'selaras' - makluman dari dewan bahasa dan pustake


Sejak akhir2 ni, org malaysia mendapat perbendaharaan kata yg baru.
Setiap yang 'naik' akan dipanggil 'selaras'
Saper yang sebut 'naik' akan dikenakan ISA (kerna boleh menyebabkan negara huruhara)
'naik' adalah perkataan paling sesitif kat malaysia skrg.
harga gula bukan 'naik, tapi di'selaras'kan. harap amik perhatian sumer.
harga minyak mana ada 'naik', harga minyak juga di'selaras'kan.

mungkin perkataan 'naik' akan dihapuskan dari kamus dewan bahasa sedikit masa lagi. sila amik perhatian.
anda boleh la melatih lidah untuk menggunakan perkataan baru bagi menggantikan perkataan 'naik'.

contoh ayat :
"pekerja swasta tak suka gaji dinaikkan, mereka hanya minta gaji mereka diselaraskan, sejajar dengan harga barang² yang baru diselaraskan oleh kerejaan baru² ini."

bagi ayat 'naik' yg lain seperti
"ayah pergi keja naik kereta merah", perkataan 'naik' boleh dibuang terus dari ayat tersebut
"ayah pergi keja dengan kereta merah"..

harap maklum.

betulkah ini surat?

apa sebenarnya...?



tak pasti betul or salah, pihak yang berkaitan boleh la siasat². sebelum tuh, baca dengan teliti oke.

(copy photo dari satu blog lain,tq blog lain)

Ini Adalah Robot Asmara : This Is Robot Asmara


"originally started as black coffee honey, vocalist helena & bassist juad decided to begin something new and different from the previous band, thus robot asmara existed. the name robot asmara initially used by helena as her kinky myspace's nick. as kinky as it sounded, they started to use robot asmara as the new band's name.

-translate : bermula dari band Black Coffee Honey (Kopi Madu Hitam). penyanyi helena dan Bassist Juad ingin memulakan sesuatu yang baru, dan selepas itu, muncul lah Robot Asmara. Asal nama Robot Asmara di ambil dari laman web myspace('space saya')helena sendiri yang agak kinky, dan terus digunakan sampai sekarang.



as then, tom & ijam joined in as the guitarists of the band because obviously helena & juad need big help and standing both side by side to be call robot asmara would sounded even weird. the band keeps trying practicing with few different drummers to get the vibe that they should have in order to start introducing people the songs that they have composed. suddenly, kudut arrived and offered little help then he ended up happy playing for robot asmara permanently. soon after several more months of practicing, composing & tightening the play, danial nor joined in as the band insisted to include one synthesizer's player.

-translate : selepas itu, ijam dan Tom menyertai band ini sebagai gitarist kerana Helena dan Juad amat memerlukan mereka bagi menghasilkan bunyi muzik yang lebih unik dan pelik, selaras dengan nama Robot Asmara yang agak unik itu sendiri. Robot Asmara telah mencuba bakat ramai drummer sebelum Kudut muncul dan menawarkan khidmatnya secara permanent, dan bukan part time atau bukan juga main². Selepas beberapa bulan berlatih dan 'mengetatkan' sound, bunyi, gaya dan skil persembahan mereka, Danial muncul dan bertindak sebagai pemain synthesizer yang bertenaga di pentas, walaupun di bawah pentas, dia masih orang biasa dan kebanyakan.



officially, early 2008, robot asmara completed with 6 band members and that motivated them even more to started accepting gig's invitation and share their songs out. 'hati besi' was the first single properly recorded at pertama music studio, cheras and mixed by mr. chee meng.

-translate: Awal 2008, Line up Robot Asmara telah lengkap iaitu seramai 6 orang dan semakin bersemangat untuk menerima sebrang panggilan persembahan gig atau show² bagi berkongsi lagu mereka yang membunuh iaitu 'Hati Besi'; juga single pertama mereka yang direkodkan di pertama music studio, Cheras, serta di mixed oleh En Chee Meng.



robot asmara is moving slowly but steadily in the independent music's scene as they believed there's nothing to rush but to enjoy every bit of entertaining moment on each and every gigs/shows that they participate"

-translate: Sekarang, Robot Asmara bergerak secara steady di bawah pengaruh Indie scene, kerana mereka percaya, "tak perlu nak menggelabah, yang penting enjoy setiap show yang kami join~"-kata mereka



Untuk Pertanyaan/ Press Contact : 0172197030 / areuarobot@gmail.com

(info dari facebook/robot asmara)

my TOPs favourite TV show! anda,bagaimana?? :)



recently, aku suka layan channel FOX (710-astro). mula-mula ditayangkan dulu,siap cerita non-stop,tanpa iklan (YES! TANPA IKLAN) tapi sekarang, da jd cam cenel2cenel lain. tapi aku still suka layan FOX, sebab ada cerita best2 yg aku tak puas tgk, walau da ulang banyak kali. wahaha
list cerita yang aku paling suka and jgn harap aku akan ter'miss' rancangan2 nih.


khamis malam jumaat - House! (definitely!), lepas tu JUstified (cerita siri baru, tapi ok,cool!)



Selasa malam rabu - Castle! (best!!!)




cenel fox - Bones! (brennan sgt cun) ,

lain2 - cerita2 komedi kat cenel 701 ,710 n 711! hw i met ur mother, 2 n half men,family guy!, simpson! etc

2 OTAK ATAU 1 OTAK, MANA LEBIH BAGUS??


Dua orang kanak-kanak jatuh ke sungai dan mereka tidak pandai berenang. Salah seorang dari kanak-kanak itu berteriak, “Tolong, Tolong”.

Rakannya yang lain berkata, “Mungkin lebih baik kalau kita berteriak serentak.”

“Idea yang bagus,” jawab rakannya dan dia mulai berteriak,

“Serentak!!, serentak!!.”

Adakah anda Normal (cilok dari OH TIDAK)



Source: .ohtidak.com

MARJINAL - Hukum Rimba (accoustic)



HUKUM RIMBA LIRIK
Hukum adalah lembah hitam tak mencerminkan keadilan
Pengacara juri hakim jaksa masih ternilai dengan angka
Uang !
Hukum telah dikuasai oleh orang2x ber-uang
Hukum adalah permainan tuk menjaga kekuasaan
Maling2x kecil dihakimi
Maling2x besar dilindungi
Hukum adalah komoditas barangnya para tesangka
Ada uang kau kan dimenangkan tak ada uang kau say good bye
Beybe !
Dimanakah adanya keadilan bila masih memandang golongan
Yang kuat selalu berkuasa yang lemah pasti merana

Anwar Ejen CIA, FBI, KGB, MOSSAD, DEA, TLC, MTB, ETC


Ada satu blog di Amerika, tulis dan dakwa Anwar alat CIA. dah heboh satu (dunia?) malaysia. aku tak follow sgt, sbb malas nak pk. pusing2 nanti pun, satu lagi konspirasi oleh org2 yg membangkang pembangkang.
Tapi aku pelik, CUMA satu (baca satu) blog tulis anwar ejen CIA,seluruh saluran berita kat malaysia berlumba2 nak siarkan cerita ni, and ramai plak yg suh Polis amik tindakan, and kat Malaysia (baca negara sendiri) ada beratus2 blog yg menceritakan pasal Najib terlibat ngan macam2 skandal (e;g Altantuya yg masih tak setel), tapi takde satu pun yg sibuk nak cover cerita ni. Apa, kalau jd PM, terus kebal ke?
eish..tak faham aku.....

malaysia oh malaysia
hidup tak tenang di bumi mu
ingin keluar namun di halang
pinjaman serta hutang piutang
bunga makin berkembang
gaji tak pernah lebih makan
yang kaya terus kaya
yang miskin,keringat terus di perah oleh sang kaya

biar dengan air mata,semangat dan darah

namun tak pernah yang kaya ambil peduli
kerajaan menjaga poket sendiri
hak rakyat cuma diberi
bila menjelang pilihanraya nanti

celaka nasib di bumi sendiri...
aduh..malaysiaku..

'Vampires Suck' Twilight Spoof Official Trailer [HD]

.

LOL. can't wait to see them in action!!

world cup 2010


world cup 2010 - Africa's call!

Ini adalah edisi world cup yang paling boring sekali sepanjang 28 tahun aku hidup. Makin banyak edisi terbang walaupun tekel tak kena, lakonan dengan aksi2 mantap, tiadanya skil-skil bolasepak yang menarik dan sebagainya. Tak seperti dulu, banyak skil individu, gaya menggelecek yg memukau, kontrol bola yang menarik, gol-gol cantik dan banyak lagi.
arghh! tertekan gila sampai aku sudah tawar hati nak berjaga malam semata2 nak support bolasepak.
Malas nak ulas satu2satu team, tp aku paling suka mexico. permainan berpasukan yg menarik, serta skil yg bagus dari pemain2 muda mereka. Brasil? aku sungguh minat team ni sehinggalah mereka tidak membawa ronaldinho ke afrika. gile apa, tak bawak otai bola ke sana. Memang rugi la, kena plak diorang tak lepas nak masuk semi final, memang padan muka diorang laa..huhuhuh (penuh emosi kecewa)

arghhh..dah laa..ulas lain kali pulak..(masek mood keciwa huk hu huk..)

L.O.V.E



chenta itu unik
nak menggapai chenta itu sukar
tp heran bila sudah memilikinya,
ramai yang mengambil sikap sambil lewa
'take for granted'
seolah setelah memiliki chentanya,
maka sudah memiliki segalanya
chenta itu ibarat anak pokok
jika tidak disemai, dibaja, disiram dan dijaga dengan penuh kaseh sayang,
pokok akan mati,
ramai kawan yg kukenal mengalaminya
kebanyakkannya perempuan
sayang giler kat pasangan masing2
tp yang dibalas selalunya,
mereka akan terluka hati
yg kekaseh berlaku curang
sering menyakitkan hati

kasihan
tapi dek kerna sayang teramat,
mereka ketepikan semuanya
sedeyh aku tengok mereka
naif dan daif kotak pemikiran mereka
padahal mereka seharusnya sudah terang lagi bersuluh
sesetengah lelaki tidak pernah berkecukupan
dengan sekadar seorang perempuan
jika masih belum terikat
dengan ikatan sebuah perkahwinan

bukalah kotak pikiranmu kawan
jangan jadi kurang akalnya
kurang bijaknya
dengan membiarkan
dirimu disengat
oleh sang lebah
kedua kalinya..

sebuah motorsikal untuk bergerak

wohoooo
sejak mengalami kehidupam 'patah kaki' selama beberapa bulam, akhirnya aku berkeputusam untuk mengamkat sebuah motorsikal
"aa? motor? besor kecik?"-mak aku tanya saat aku tipon
"biasa² je. tak besor sgt, x kecik sgt, yg penting,hensem! ngeeehh~" jawab aku dgn sopan
"kalu motor besor, jangam lah,"- mak aku bg warning
"jangam risau boss~" hohohohoh
mak aku bukamnya marah aku beli motor besor, tp dia tau aku suka bawak laju, kalau motor tu mmg dah laju..risau la tu kot.. tapi bg aku ok je, da motor besor laju², kena la bawak laju2 kam..kam..






so dipendekkam citer, aku berjaya mengamkat sebiji motor yg tak besor tapi hensem bg aku, cuma skrg blom hensem sgt lg, sebab belom mekap sana2 sini. nnti kalu dah siap mekap, aku update la gmbo kat sini. meh kita tgk ekzos yg seswai utk motor aku ini..


misti hensem kalau pasang kat motor aku kam...kam... errr...sesape, leh spomspor duwet? ekekeke

kata


"Jika menipu itu sesuatu yang buruk,
maka aku adalah orang yang akan memperindahkannya
kerna saat bersamamu
telah menjadikan aku
penipu yang sopan"

antara kaseh sayang ibu dan cintakan pasangan

-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untukMak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka
kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

gadis ceria itu bernama Aalia

gadis itu aalia
temanku di dunia maya

cerianya ibarat pelangi sesudah hujan
hujan sesudah kemarau
gelaknya mencuit hati
terasa gembira saat hati yg sedang rawan
saat jiwa sedang kosong

gadis itu aalia
pelepas segala permasalahanku
saat bebanan terasa memberat di belakang
senyum serta tawa cerianya yang datang
seolah mengalih bebanan itu dari pundakku

gadis itu aalia
ingin aku berpesan kepadanya
bila saat kemuncak kegembiraanmu sampai
jemputlah aku ke majlis itu
kerna ingin sekali aku merasa
seluruh aura positifmu itu
meresap ke segenap inci liang badanku
buat terakhir kali
agar sentiasa kekal bertapak
agar aku sentiasa gembira
menjelajah kehidupan ini
dengan penuh ceria


terima kaseh! :)


p/s : cik, jgn lupa jemputku ke majlis kawenmu oke~ hehe

peringatan

Nabi SAW bersabda :-

Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Urbanscape 2010





this is urbanscape
seriously, aku pergi sana sebab aku tak pernah gi sana and member-member aku perform. 'robot asmara'. banyak booth jualan untuk fashion designer memaparkan hasil karya jualan mereka, dan boleh di borong dengan harga yang murah dan mampu milik. tapi benyak barang untuk perempuan la.
sampai sana dalam kul 5, tu pun sebab tunggu taa ngan kawan dia. sampai sana, bayar tiket rm40 (and aku rasa rugi aku bayar) sebab tiket tu rupanya utk konsert shj, and konsert tu plak boleh je kalau nak usha dari luar sebab open stage. sialan tul.
tapi anyway, dapat jumpa ramai org, beramah mesra dgn kawan2 yg dah lama tak bertegur sebab busy ngan keja, etc.
going there again nxt time? hemmm..i'll think bout it...twice..
haha

movie to watch : Grown up



Grown Up
movie yang patut di tengok @ wajib di tengok kerana barisan pelakonnya yang memang terkenal dengan lawak. yeah, aku agak 'biased' sebab sumer yg berlakon adalah aktor faveret aku. wakakakka.
tapi seriyes, ceritanya best
kisah pasal 5 org pemuda yg menjalani kehidupan kanak2 bersama2, dan berjaya menggondol kejayaan dalam pertandingan basket ball,di bawah seorang jurulatih yg mereka syang.
30 tahun kemudian, mereka kembali mengenang memori bersama2 dan berusaha untuk menyedarkan anak2 mereka tentang pentingnya untuk menjadi 'normal' kids.
seriyesly, cerita ini agak santai tetapi byk pengajaran bg mereka yg sudah berumur atau yg akan berumur. ahahahha
anyway, up to you all,nak tengok ke tak, aku recommend je sebab bg aku, citer ni mmg best,santai,tgk takyah nak pikir dalam2 and ada hot chicks juga~ lalalla~

84 bayi tanpa bapa setiap hari

Statistik yang dikeluarkan oleh jabatan pendaftaran : 84 kes bayi lahir tanpa bapa didaftarkan setiap hari

malu
mereka berani
mereka daring
sayang dan cinta menjadi pedinding
agar batas kesopanan bebas terlerai
ke kayangan pasangan di bawa
jelajah pantas 15 minit

nikmat
menjerit pasangan
nikmat kekayangan
terpancar puas
saat klimaks
saat nafsu di kepala

lesu
tangisan mulai bergenang
saat nafsu mulai menghilang
titis-titis air merembes
sesal kerana abaikan keselamatan

tiba saatnya
karya agung mereka wujud dan bernafas
dan menambah lagi perangkaan
jabatan statistik negara
Malaysia...

Lion of the Desert "Umar Mukhtar"


Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam.

Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka. Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.

Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.

Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

Umar Mukhtar ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.
Umar Mukhtar bersedia untuk syahid.

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di Tali Gantung

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Umar Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

Kisah hidup dan perjuangannya telah diabadikan di dalam sebuah filem yang berjudul Lion of the Desert pada tahun 1981 lakonan Anthony Quinn sebagai Umar Mukhtar di bawah arahan Mustapha Akkad.

Sumber Taman Ulama'

ahad yg paling boring

bangun pagi tengok siling
golek ke kiri
golek ke kanan
lunjurkan kaki
gerakkan badan
menuju ke bilik mandi

tengok cermin
tengok muka
serabai

buka tv
tengok siaran
tiada yang menarik perhatian

kembali ke sofa
membelek buku
meneliti majalah
tiada perasaan

sms kepada kawan-kawan
semuanya berjadual penuh

sudah jam 5
pantas!

kunci motor diambil
helmet dicapai
beg disandang
tujuan? entah

minyak dipulas
hingga ke nilai 3
pusing balik, menuju bangi
kesejukkan menggamit
angin sejuk yang menyapa

kopitiam dituju
secawan kopi panas
dan set roti bakar
penyegar mata

namun sejauh mana aku pergi
masih terasa kosong
kosong sepenuhnya kosong
jiwa ini..

kabarkan

kabarkan pada ku
perihal keseronokan
berlari mengejar anak-anak ketam
tanpa sepatu
tanpa sandal mahal
tanpa selipar
di atas pasir pantai
yg kadang-kadang di jamah air laut
dan buih-buih putih
di antara celah-celah keritip
di antara kulit-kulit kerang
yang berselerakan

kabarkan padaku
erti keseronokan itu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..