
Mereka wujud kerana mendakwa mereka adalah penyelamat bangsa.
mereka bercakap mengenai perpaduan bangsa
mereka bersembang mengenai kepentingan bangsa
bagi mereka, mereka adalah tonggak bangsa
cis!
bangsaku, bangsaku
bangsaku wujud lama dahulu
wujud dahulu sebelum mereka
mereka yang mendakwa pembela bangsaku
tanpa mereka bangsaku masih wujud
masih utuh,
masih megah,
masih kuat,
masih teguh,
siapa mereka untuk berlagak sedemikian,
berkata-kata megah konon penyelamat bangsa,
konon tanpa mereka, bangsaku akan musnah
hey petualang!
kamu menumpang atas nama bangsaku,
atas nama bangsaku,
kamu merosakkan semuanya
kamu menjadikan bangsaku,
kacau bilau
lemah
dan penagih simpati
sudah-sudah lah
hentikanlah agenda mu itu
cukup-cukuplah membodoh-bodohkan bangsaku
kerna adanya orang-orang seperti kamu
bangsaku tak mungkin maju searus zaman yang semakin berubah
jurang kehidupan makin menjauh
yang miskin makin melarat
yang kaya mengaut harta
pekerja diperas keringat
bagi menagih gaji rm800 setiap purnama..
No comments:
Post a Comment