bangun pagi tengok siling
golek ke kiri
golek ke kanan
lunjurkan kaki
gerakkan badan
menuju ke bilik mandi
tengok cermin
tengok muka
serabai
buka tv
tengok siaran
tiada yang menarik perhatian
kembali ke sofa
membelek buku
meneliti majalah
tiada perasaan
sms kepada kawan-kawan
semuanya berjadual penuh
sudah jam 5
pantas!
kunci motor diambil
helmet dicapai
beg disandang
tujuan? entah
minyak dipulas
hingga ke nilai 3
pusing balik, menuju bangi
kesejukkan menggamit
angin sejuk yang menyapa
kopitiam dituju
secawan kopi panas
dan set roti bakar
penyegar mata
namun sejauh mana aku pergi
masih terasa kosong
kosong sepenuhnya kosong
jiwa ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku tali kasut ku..
Empirisisme Chenta si tali kasut
Empirisisme cinta
detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.
anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~
hikayatku
- tali kasut
- hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..
1 comment:
Sebab itu kita perlu apply 7 habits of highly effective people by Steven Covey....agar kita tidak kosong n tahu menghargai masa ...Queen Jay 26/07/10
Post a Comment