'naik' dan 'selaras' - makluman dari dewan bahasa dan pustake
Sejak akhir2 ni, org malaysia mendapat perbendaharaan kata yg baru.
Setiap yang 'naik' akan dipanggil 'selaras'
Saper yang sebut 'naik' akan dikenakan ISA (kerna boleh menyebabkan negara huruhara)
'naik' adalah perkataan paling sesitif kat malaysia skrg.
harga gula bukan 'naik, tapi di'selaras'kan. harap amik perhatian sumer.
harga minyak mana ada 'naik', harga minyak juga di'selaras'kan.
mungkin perkataan 'naik' akan dihapuskan dari kamus dewan bahasa sedikit masa lagi. sila amik perhatian.
anda boleh la melatih lidah untuk menggunakan perkataan baru bagi menggantikan perkataan 'naik'.
contoh ayat :
"pekerja swasta tak suka gaji dinaikkan, mereka hanya minta gaji mereka diselaraskan, sejajar dengan harga barang² yang baru diselaraskan oleh kerejaan baru² ini."
bagi ayat 'naik' yg lain seperti
"ayah pergi keja naik kereta merah", perkataan 'naik' boleh dibuang terus dari ayat tersebut
"ayah pergi keja dengan kereta merah"..
harap maklum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku tali kasut ku..
Empirisisme Chenta si tali kasut
Empirisisme cinta
detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.
anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~
hikayatku
- tali kasut
- hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..
No comments:
Post a Comment