Malaysia dan Suzuki Cup 2010




bagus, nak tgk bola, tgk laa..solat jgn lupa taw~

semalam malaysia telah dinobatkan sebagai Juara Piala Suzuki 2010. ikuti rentetan ringkas perjalanan Malaysia sebelum mendakap Piala tersebut.


1st game, malaysia vs indonesia. kalah 1-5. dikutuk habis2 oleh peminat yg sayangkan sukan bolasepak, peminat poser pulak apapun x amik port.

2nd game, malaysia vs thailand. seri o-o. diserang habis-habisan dari segenap arah oleh pasukan dari negeri gajah putih. namun pengalaman mengajar pasukan agar semakin pandai bertahan. walaupun mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun rezeki Malaysia belum ada hari tu. sekadar berpuas hati dgn 1 point.

3rd game, malaysia vs Laos. Laos yg sebelum ini telah menunjukkan permainan memberangsangkan sewaktu menentang pasukan thailand rupanya hanyalah sayur ulam buat malaysia. wisel akhir, malaysia menang 5-1. namun debaran masih terasa kerana pertemuan thailand dan indonesia bakal menentukan siapa yg akan meneruskan kemaraan ke pentas semi final...dan akhirnya, indonesia menewaskan thailand 2-1 walaupun thailand berjaya membolosi gawang indo terlebih dahulu.

kedudukan negara selepas perlawanan kumpulan

1st semi final, malaysia vs vietnam. vietnam turun selaku juara edisi sebelumnya dan menunjukkan corak permainan mantap, namun setiap serangan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan yg dikemudi oleh Muslim dan kawan² serta hero, khairul fahmi. Sorakan gamat penonton yg datang juga mencetus minat striker utk membolosi gol lawan sebanyak 2 bijik malam itu, cukup utk bekalan untuk bertandang ke tempat lawan. wisel akhir, malaysia menang,2-0.

2nd semi final. perlawanan yg penuh dengan kekebalan pertahanan malaysia dan serangan bertalu-talu dari pasukan vietnam yg ingin mengutip sekurang²nya 2 gol. namun, bagai dijangka, barisan belakang malaysia tidak mudah untuk diratah sewenang-wenangnya lagi. tidak seperti perlawanan pertama. wisel akhir, malaysia 0,vietnam 0 dan malaysia layak berdasarkan aggregat 2-0.masing-masing bermuka ketat ketika disuruh posing untuk bergambar

pentas final pertama malaysia selepas 14 tahun. peminat berebut membeli tiket. peminat poser pun tidak terkecuali. tiba² ramai org mula menyokong pasukan negara. pelbagai provokasi timbul, pelbagai spekualsi wujud.
malaysia vs indonesia. seperti dijangka, indo melancarkan serangan bertubi2, namun, pasukan negara sudah bersedia dan bertahan dgn sepenuh hati. demi negara kata mereka. first hal, score masih o-o. 2nd half dicemari oleh incident penjaga gol indo terlupa memakai spek itam dan kelihatan lemah bila terkena cahaya laser. ada rumours mengatakan, badan penjaga goal indonesia dibuat dari plastic, dan dia risau kalau2 pancaran laser itu bakal menjadikan dia cair. pengadil terpaksa menghentikan permainan sekejap.
selepas rehat, pasukan negara mula melancarkan serangan bertubi2 ke kubu lawan, bermula dgn kesilapan bek indo yg menganggap striker idlan talaha biasa² shj, akhirnya dihukum oleh idlan apabila digelecek dan dihantar ke kaki safee sali utk gol pertama. kesilapan berulang juga dilakukan oleh bek indo kerana terpukau dgn gerakan idlan dan akhirnya tak sengaja 'terhantar' kepada ashaari shamsuddin yg akhirnya merembat kencang ke dalam pintu gol indo. "gol biasa katanya" selepas itu sambil merendah diri.
ashaari a.k.a Kaka Malaysia berlari-lari anak sembil menyanyi lagu negaraku selepas menjaringkan gol cantik~

Selepas itu,satu hantaran cantik ala-ala EPL oleh bek kanan negara, Mahali terus sampai tepat untuk disambar dengan cantik oleh safee ali bg menjadikan kedudukan mutlak 3-0 buat malaysia sehingga ke wisel penamat.
safee sali juga menunjukkan cara betul, berlari, melompat, menanduk dan menjaringkan gol~

dunia internet makin meriah oleh spekulasi dari kedua2 negara. twitter dan facebook menjadi tapak melepaskan nafsu. sinar laser, jupe mahu memakai bra dan sebagainya betul2 telah menjadikan edisi suzuki cup kali ini berbeza. tengs.

gaya pasukan negara yg telah bersedia menghadapi sinar laser dari penyokong indonesia, sediakan payung sebelum hujan kata coach malaysia~

perlawanan akhir kedua di gelora Bung karno,senayan, seperti biasa, malaysia bertahan untuk separuh masa pertama sambil sesekali mengacah ke kubu lawan.indonesia mendapat penalti, namun dengan selamba ditangkap oleh khairul fahmi yg seterusnya digilai oleh gadis malaysia dan ada juga cewek2 indo.

2nd half bermula, dan jaringan pon terhasil. hantaran cantik bertaraf dunia oleh ashaari tepat ke kaki safee sali yg juga turut menyudahkannya dengan gol bertaraf dunia. "alang-alang ko dah hantar camtu" kata safee kpd ashaari.
kemasukkan pemain berprofil tinggi, yg ada resume 2 gol cantik menentang manchester united, amri yahyah bg menggantikan tempat ashaari dan beberapa rombakan kecil di barisan tgh dan pertahanan oleh rajagopal, telah menyebabkan malaysia bolos 2 gol, namun bak kata rajagopal, "rilek la der, saje je bg 2 gol tu, nnti xde gol, susah pulak nak kontrol emosi penonton indonesia yg dtg".

akhirnya, selepas 14 tahun, kapten malaysia, syafiq rahim dan geng² berjaya menjulang Piala Idaman, Suzuki Cup,( bukan kawasaki atau honda cup oke) buat kali pertama. tahniah Malaysia!

itu aku

itu aku..persoalan, siapakah yg mengambil foto ini? a) Reem Shahwa, b) Stana Katic c) Lisa Surihani d) Agnes Monica

2010 sudah hampir tamat. aku maseh menahan diri dari menulis entry terakhir utk tahun ini. so, nah satu puisi, oke!

itu aku
yg selekeh itu aku
yg serabai itu aku
yg kurus itu aku
yg tersenyum kambing itu aku
yg jelek itu aku
yg selalu dtg lewat itu aku
yg selalu minum kopi o itu aku
yg membalut rokok daun itu aku
yg selalu tidur lewat itu aku
yg baik itu aku
yg patuh itu aku
yg tidak banyak karenah itu aku
yg suka berkawan itu aku
yg ditinggalkan kawan juga aku

yg biasa-biasa itu aku
yg byk ketawa itu aku
yg byk menyimpan rahsia itu aku
yg ditinggalkan itu aku,

itulah aku
itu yg selalu org fikirkan
itu yg selalu mereka andaikan
itu yg selalu mereka nilaikan
tapi itu aku...
untuk tahun 2010..

kopi o dan rokok daun


kopi o dan rokok daun
2 antara kegemaran
membancuh kopi terbaik
dan menggulung rokok daun


akhir ini, terasa badan begitu lesu, banyak benda untuk dirangka, memerlukan planning yg teliti untuk diterjemahkan pada tahun hadapan. aku memang begini, selalu merencanakan sesuatu dan memikirkan baik atau buruk setiap sesuatu perancangan, dan berharap agar setiap rancangan yg kubuat, suksess tanpa byk masalah. dan perancangan untuk tahun hadapan, banyak berkisar untuk 5 tahun akan datang. apa perancangan, apa planning, biar aku sendiri yg tahu.

perihal tahun ini, biarlah ku rangkumkan dalam entry terakhir 'bertajuk dear 2010'. terlalu banyak untuk diceritakan, terlalu byk kisah yg tidak sedap untuk dihadam, namun akhirnya terpaksa ditelan dan terlalu dalam untuk diluahkan balik. kata org tua², terlajak perahu, boleh diundur, terlajak perbuatan, hati yg merana. yg paling tekilan, krisis kekeluargaan di akhir tahun, mungkin terlalu peribadi utk ditulis, namun dgn ayat tersirat, setiap luahan mungkin akan menjadi suatu kepuasan.

2010 mungkin tahun duka lara dan mungkin terselit sedikit gembira, namun itulah kehidupan, tanpa duka lara, manusia susah untuk mengingati Tuhan, dan terlalu banyak waktu untuk di nikmati,menjadikan manusia leka kepada pentingnya corak pemikiran.

apapun, dengan menghirup kopi o yg panas, dan memerhatikan asap rokok daun berkepul ke udara, pasti hilang sedikit runsing, yg kerap membelenggu akhir ini...

ada apa kesah


ada apa dgn kesah chenta org laen?
kunun memikat dan berpasangan,
kemudian berantakan,
heh, pasti yg ketawa itu adalah pendengarnya,
seperti aku.

menunggu itu penat
tp kalau menunggu selama 2 tahun,
cuma untuk mendengar dia berkata hai,
maka org yg menunggu itu adalah aku

menunggu itu penat
tapi selepas 2 tahun 3 bulan,
menunggu untuk berkenalan,
dan akhirnya ditinggalkan,
maka org itu pasti,
adalah aku.



nah lagu untuk didengar sblm tido : nickelback [i'd come for you]

Najib dan Diamond of Asia award??!

mula² iklan :
sarah kepeningan bila mendapat tau naib berjaya menggondol award tertinggi AFC,dan sekaligus menjadikan mood dia utk mempromosikan blogku hilang! deng!!

oke, berbalik kepada story asal.

Pm1Malaysia telah berjaya membawa pulang anugerah Diamond of Asia, anugerah tertinggi bg AFC - Asia Football Confederation. - aku menulis sambil mulut ternganga luas² (tanda terkejut yg amat sgt namun maseh berada di tahap normal dan blom pengsan)



quotes menarik : “I am deeply honoured to be the recipient of the 2010 Diamond of Asia award. My passion for football extends beyond my close observation of matches,” Najib told the-afc.com

gaya menendang bola yg best~
mula² gaya beckham

bekcham lagi- biasa la, otai

ronaldinho pulak

ronaldo pun nak masuk list jugak~



sekarang mari kita lihat gaya pemenang anugerah yg paling berprestij asia ini menendang bola~


kita compare ngan presiden iran

datang abg besar sambil berkata "apa susah², aku tendang mcm ni je~"


hehehehe

baca kisah sebenar di sini - najib dan anugerah kissasssess

saya ingin mengubah dekstop sy kepada lebih bergaya

si nisa sedang tersenyum mesra sambil berkata, "i tolong senyum bg promote blog u ya dear". aku mengangguk sambil menjawab, tengs dear~

oke, kembali kepada tajuk asal. Buah tangan pada hari ini adalah Real Dekstop, application yang akan mengubah dekstop anda menjadi lebih bergaya dan menarik, serta pastinya awek² yg mengusha pc atau lappy anda akan beranggapan, anda adalah tech-savvy yg amat bergaya! semudah itu bukan~!


contoh screenshot dari desktop pc ku yg sudah bertukar menjadi lebih bergaya

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Real Desktop sendiri iaitu : RDesktop http://www.real-desktop.de/ dan anda boleh mendonlod aplikasi bergaya ini di sana.

atau!

anda boleh terus klik link ini : saya ingin mengubah dekstop sy kepada lebih bergaya bg tujuan donlod terus, oke!

Menjadikan Chatting di Facebook Umpama YM!



kali ni, cik nikita willy bermurah hati nak ajar cara² chatting dari fb frens seperti YM! tengs dear.

Aku penat kalau ada org ajak chat kat fb.. dah la kecik, pastu kat bhgn bawah screen aku pulak tuh. menyampah bukan!
kali ni tidak lagi... sedang aku tgh pk apa nak buat pada hari raya Qurban esok, aku terjumpa cara mudah, satu aplikasi yg semestinya anda perlu install untuk menjadikan Chat kat FB seperti YMessenger anda atau MSN atau skype atau yg sewaktu dgnnya! Hebat bukan!

contoh apa yg akan terjadi kepada FB chat anda!

caranya simple:

1- sila niat dlm hati, saya nak chat kat fb mcm YM!
2- kemudian donlod dgn klik link ni ---> saya nak chat dgn kwn² fb sy dgn lebih menarik!
3- ikut arahan selepas itu, pastikan anda run antivirus anda ketika install, oke!
4- plinkkkk! settle!
5- skrg anda boleh chat dgn bergayanya!!!

p.s - jika rasa x bergaya, anda boleh delete applikasi itu dgn muka selamba, oke!

p.s lg - kalau link kat atas x berjaya, sila guna link ini : cit cat fb mcm ym!

orait! tengs and selamat hari raya eiduladha!

Rahsia alt codes dan cara menaipnya!

agnes bermurah hati menceritakan rahsia kod alt pada papan keyboard kepada pembaca blog ini semasa sesi promosi blog ini di planet bon-bon. tengs dear~

Bila menaip benda yg sama, simbol yg sama, anda pasti boring bukan! tambah2 kalau menaip kat fb, tapi takde simbol yg best nak taip sekali, atau anda memang tatau macam mana nak taip! Anda juga JELES bila tgk frens anda ada menaip guna simbol tu, bukan??!! Kini, anda boleh tersenyum manja bila melihat macam mana simbol2 itu ditaip!
selamat mencuba!!

Symbol adalah simbol yang bakal keluar apabila alt + (number pilihan anda)


ni cara senang - just klik - SAYA NAK SIMBOL ITU!!



sedikit bonus untuk anda yg tabah utk scroll page ni sampai bawah:

¼0188
½0189
¾0190
0153
©0169
®0174

Hoyeah!!!!

melaka maju? trip



suasana saat aku sampai ke melaka..time ni,aku dah lupa aku umo berapa..yg pasti, maseh muda sebab aku cuba mencuri kereta kuda pakcik dalam gambar tu..nak jumpa hang tuah kata aku time tu..tp pakcik tu tak percaya..isk3x..


wiken lepas, aku berkesempatan ke melaka, jalan² cari makan. org kata ikan bakar di umbai terbaek? asam pedas di town dia best? .. jd, dengan berbekalkan bekalan yg sepatutnya, aku follow geng aka 'partner in food hunting' ke melaka. sebagai manusia talam bermuka-muka, tujuan aku bukan sekadar gi makan, tp sebab dah lama x gi melaka, and nak jugak tgk, melaka maju tu camne rupernya...ye laa da maju kan...

alfonso de alburkaki sedang posing saat sampai ke melaka. time ni dia pon x pasti, melaka akan jadi melaka maju pada tahun 2010..katanya.

sampai kat sana dah malam, and seriyus li..perut aku asek berbunyi2 dah..so kami semua berpusing2 mencari tempat yg dipanggil umbai..ye la..nak rasa gak ikan bakar yg digemba-gemburkan power tu. jam 11.30 mlm, kedai2 sudah mula ditutup..and naseb baik, di umbai, kedai maseh dibukak, "demi untuk you'ols"-kata mereka..tengs ols. dah abis merasa hidangan yg terhidang, kami bergerak ke bandar hilir untuk mencari hotel budget murah, disebabkan kami semua sedang berbudget. pusing2, dapat la 2 bilik, rm50 satu bilik, +suasana katil yg keras, bunyi econ yg mengalahkan enjin kapal terbang, tv yg tiada butang untuk menukar cenel, oh! mmg btul2 hotel budget..tp aku tetap tido ngan aman..

gambar aku cilok kat google..kudos tuk link yg tercatat kat gambar

bangun pagi, siap2 nk gi jonker street.. dapat try abc88 yg glemer, pastu pusing2 satu jonker..byk betul kedai antik..heaven! tp x dpt nak borong byk ah, since aku kan tumpang keta org..takpe, next time, aku dtg lg. pusing² kat jonker je da dekat satu hari..nak gerak balik kl lagi..sebelum balik, sempat merasa asam pedas di bandar melaka. oleh sebab kami pun dah lewat, maka, lauk asam pedas nya pon x menepati imaginasi tinggi aku selama ini..tp takpe lah..sebat je mana yg ada..lps makan, terus gerak balik kl. costing sorang untuk trip budget ni adalah rm 110 sorang. oh, aku gi 4 org,termasuk aku. berbaloi~!


oke, that's not the point. the point is... betul ke melaka maju 2010? kerajaan melaka menjaja cerita bahawa badan bebas, Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang memberi pengiktirafan bahawa 'Melaka Maju 2010'.. tetapi pihak Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju...

p.s - so camne you'ols..misteri tak? Anyway, Melaka kan bandaraya bersejarah..so banyaklah misteri nya~ misteri SRK dapat datuk pun maseh belum terungkai lagi~hehehe

orang-orang asli negrito sedang berposing bagi tujuan mempromosi blog aku. tengs ols~

there's something about...


cahaya itu makin menjauh
makin mengecil
liuk lentuknya makin perlahan
longlai dan tidak bermaya
tolong
jangan biarkan ia terpadam
oleh angin kencang
oleh sejuknya dingin malam
andai kehadiranku menghadirkan angin
biarlah aku diam di sini
jangan engkau pergi
dan biarkan aku mati di sini..

mainan jiwa

propaganda sebuah cinta
takkan pernah habis
selagi berita tentangnya
masih wujud
dan berlegar disekeliling ku

jauh dan jauhlah
usah mendekat
wahai perasaan
jangan diusik
jangan dibayangi
oleh sebuah senyuman
yang satu ketika
sungguh manis
yang melapangkan dada
yang menenangkan satu jiwa
yang telah menjadikan aku
kosong dan lemah
manusia sinis.

edisi agnes: previu final Piala Malaysia 2010 Kelate vs Nogori

(lagu tema : anak itik tok wi dimainkan secara acapella - sebagai pembuka tirai) - download kalau mahu karaoke lagu ni


agnes: kok kelantan saya tahu sih, itu manohara sama sultan sana ya..tp negeri 9, maafin ya, saya enggak penah dengar..

agnes lagi : tp jujurnya, sy lagi suka terengganu sama en nal~


aku : no further question...


oke, berbalik kepada cerita sebenar..

Kelantan vs N.9 esok, final ulangan tahun lepas yg boring dan memboringkan. Jurulatih n9 kata, "kami bukan pilihan" tetapi dibantah oleh MB n9, dengan menyangkal dlm bahasa yg dapat difahami 2-3 perkataan shj.. antaranya setelah ditranslate - "mana bulih! kita kena bg semangat, sebelum main dah xde semangat, mcm mana nak main!!" - dgn nada tak puas hati dgn komen jurulatih n.9 (gossip, adakah jurulatih n.9 bakal bertukar next year..??) - aku cuba menalipon uncle maurinho bg meminta pendapat beliau, dan beliau memberikan kata2 semangat "i'm the special one!" utk jurulatih n.9.
Bagi pasukan Kelate pula, dengan ketua jurulatihnya yg digantung 6 bulan oleh FAM (badan profesional yang sama level dgn FIFA), mereka rata-rata positif akan bermain sebaik mungkin (klise?). MB Kelate pula berjanji akan memberi hadiah berupa imbuhan wang tunai pula pada tahun ini. Tahun lepas, pasukan kelantan di beri hadiah pakej umrah oleh Kelate, dan Nik Aziz kata, hadiah pada tahun ini adalah untuk family player rasa samo-samo. "umrah, pemain gi denge awok2 dio jah, kali ni, dgn bui duit, molek2, bini denge anok2 pon bulih raso jugop..insyaAllah"-TG Nik Aziz
TG Nik Aziz sempat bercerita, lutut dia rosak akibat ditekel semasa bermain bola (rumour - time tu TG Nik Aziz tengah training dalam liga brazil under Corinthias Development Youth - training lepas ngaji and solat asar katanya )

Kesimpulan - kedua-dua pasukan berpeluang untuk menang kalau sape score lebih banyak dari pihak lawan. terima kasih.


p.s - harap tiada insiden keganasan dan rusuhan penonton. jangan jadikan senario bolesapek di malaysia dengan taraf permainan yg ala-ala suam2 kuku ni, setaraf dgn rusuhan di argentina atau brasil. mereka tak kisah la nak merusuh pon, dah menang bape kali world cup. kat sini apa laa sgt!

-selamat berjaya buat kedua-dua pasukan. lawan tetap lawan!


fazz sempat menjeling manis sambil mengangguk-anggukkan kepala apabila ditanya adakah beliau puas melayari blogku. tengs dear~

kaseh kembali bertaut - fergie dan rooney

iklan jap.. :)
jess alba bergaya santai sewaktu pulang dr shopping dgn ku. aku sempat menyorok bila paparazzi cuba mengambil gamba kami berdua..takut jd berita skandal kataku dlm hati.

oke, kembali kepada kisah yg sepatutnya..

daddy tetap sayangkan u,boy

ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum jua, begitulah kisah chenta antara boy rooney dan daddy alex yg sebelum ini diselubungi awan mendung kelabu akibat ketidakpuasan boy rooney yg tidak mendapat duit belanja ke sekolah yg cukup.

baca kisah sebenar di sini.

sebelum ini, byk kelab yg cuba2 merisik budak boy ni bila diorang mendapat tahu yg boy ni nak pindah, tp akhirnya, mereka terpaksa menggigit jari bila boy ni setuju tuk terus kekal di tempat yg sepatutnya (dgr² cerita, boy ni dipaksa sign kontrek bila daddy nyer berkeras nak dia sign sambil memegang rotan - takut² boy ni tanak sign)

papepun, win-win situation seperti ni harap dapat menjadikan kelab boy ni win jugak lah pasnih..jgn jadi cam kelab cap ayam standard kampung tu...kesian..

mcm biasa, intan bergaya manja sewaktu diminta bergamba utk tujuan promosi blog ku. tengs dear~




bila cinta download link - tekan²

rumah 100 tingkat - tanda kaseh syg rosamah kepada pak ajib

omg! 100 floors?? - nia ramadhani terkejut ala-ala comel bila ditanya mengenai menara 100 tingkat sewaktu sidang akhbar mempromosikan blog ini baru-baru ini. tengs dear~


'wak, sy fikirla kan..nnti kan..sy ingat, sy nak bina rumah 100 tingkat tuk awak tau~'-kata pak ajib smbil senyum sipu-sipu memandg sygku rosamah yg sedang mendandan rambut. 'betul ni bang?? betul ni??' - balas rosamah sambil membaling sikat rambut nya dan terus terbang memeluk pak ajib, pak ajib yg melihat rosamah cuba terbang ke arahnya, terus berbaring meniarap dan berdoa agar impak jatuhan badan sygku rosamah tidak terlalu terasa dan selamat, terus bergegar kompleks sri angkasa akibat hentakan kuat tersebut!!


"apa??!! menara 100 tingkat?? lagi tinggi dari pokok kediamanku??" - en bad menjengilkan mata tanda tidak berpuas hati.

menara 100 tingkat?

review positif - sila lihat di sini

review lain - sila lihat di sini

"pakcik tado hal sgt..yg penting pakcik dapat kijo sudah ler"


review aku - hermm... pm cuba menjadikanya sebagai satu idea pemangkin bahawa beliau berpandangan jauh sama seperti drM, tapi masalahnya, dalam kemelut ekonomi sekarang, tak seharusnya wang dibazirkan ke atas projek sebegitu. byk lagi pelaburan jangka panjang boleh dibuat dan dipelbagaikan dgn bermodalkan jumlah nilai wang yg sama. tetapi memang sudah tradisi kerajaan, 'membazir itu amalan kami semua' , maka lebih baik di suruh bina cepat2 dari di larang. makin di larang, makin kuat pulak songehnya nnti.


p.s - aku musykil..apa sebenarnya tugas isteri PM ek..?? nampak gaya, kalah menteri pembangunan wanita dan keluarga... ish2x..

Lagu Best! : Biarkan aku jatuh cinta OST Safa dan Marwah

nikita willy bintang sinetron Safa&Marwah sedang berposing manja bg mempromosikan blogku. tengs dear~


Sejak dua menjak ni, rasa badan tak sihat. mebi sebab cuaca, takpun kena santau, atau paling teruk pun, x cukup rest dan badan cepat rasa letih. al maklumlah..umo da makin meningkat..keja pon bukan mcm org2 tua dulu, berkebun, tanam sayur, angkut batu bata, atau apa yg bersangkut paut dgn pekerjaan lelaki sejati..skrg keja, dok dalam ekon, dari pagi sampai petang..giler konpem badan cepat penat wor! tgk kat tv, kejaa tangkap ikan di laut dalam, angkut balak etc, mmg keja jantan sejati. wuhuhh..kagum! tp kat amerika la..payment pun masyukk weyh!



anyway, saje nak share lagu OST Safa dan Marwah, lagu ni dah lama..tapi apa salahnya dengar byk kali kan.. enjoy!



lirik :

BIARKAN AKU JATUH CINTA
by: ST 12

*
Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

**
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

***
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku kan mencoba
Tak perduli kau berkata
Tuk mau atau tidak

back to *,***

kalau best and blom ada dlm simpanan gudang lagu korang, pe salahnya download kan :
ST 12 - biarkan aku jatuh cinta -download!

Lagu Best! - Kalau Berpacaran

anna si bunga cantik


Lagu Best! kali ini adalah Kalau Berpacaran dendangan org lama uncle Shuhaimi Meor Hassan bersama si bunga cun Anna Nurhidayah Mohd Raffali (Anna Raffali) dan si rappers Altimet.
1st time aku dengar, ingatkan abg bro M Nasir yg berdondang sayang, rupanya uncle Shuhaimi. Best seyh, layan, ala-ala kanda-dinda nyanyian Monoloque+Atilia.

cd uncle suhaimi meor hassan yg maseh boleh diperolehi di kedai2 terpilih sahaja.

Nah lyric Lagu Best! - Kalau Berpacaran

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya

(ulang Korus)

(Altimet)

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

(ulang korus)

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

macam biasa link bonus untuk Download : Kalau Berpacaran

adik acha sepriatasa yg cun macam kakak dia sedang tersenyum manja mempromosikan blogku.
tengs
dear~

Bajet 2011 - mitos...temanya yg aku konpius..


-gamba sekadar menambah stim membaca - tagline "cara bijak pandai cari wang~"

sejak dari tadi, aku asyik dok pikirkan pasal tema bajet 2011 yg dibentangkan oleh PM malaysia - "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi", sempena negara yg bakal menuju wawasan 2020 katanya...
aku konpius... negara maju berpendapatan tinggi..? apa yg berpendapatan tinggi nya..? berapa tinggi pendapatan yg boleh ditaksirkan sebagai pendapatan tinggi..? kalau dah pendapatan tinggi, sah2 income tax juga tinggi...


-proton inspira.. 'si' nya takde..dah hilang~

lifestyle juga tinggi2...kereta pon nak mahal2.. tengok je proton Inspira, harga open, RM80K weyh!!! kereta malaysia harga 80k!!! x ke gile ke tu????
lps tu, cukai perkhidmatan dinaikkan, and cukai talipon bimbit diturunkan.. bijak pandai btul ler, macam laaa talipon tu org tukar hari2...seminggu sekali pon org blom tentu tukar lagi.. x efek lgsg.

ayat yg kelakar, gaji minimun pengawal keselamatan, 500-700. yg mana satu angka minimun ni weyh? 500 ke 700? huhuhuh... and kalau 700 tu yg betul,adakah ini dikira berpendapatan tinggi.. huhuh..aku makin konpius...



ahhh biarlah...makin aku pikir,makin konpius..bila dah konpius, panadol pon blom tentu dpt beri kelegaan..so mcm mana? tido je laaaa~

p.s - esok kena beli paper, paper wat lapik makan kat rumah dah habis!

20102010 - menarik bukan!


-P.A aku sedang meramalkan yg baik2 buat aku pada 20102010-

saat semua org menanti 101010 - yg mereka rasakan angka yg cantik..aku maseh lg sabar menanti 20102010..tarikh ini bg aku lg cantik, bukan!
takde apa-apa yg menarik pon pada tarikh ni, cuma tergeletek buah pinggang ini utk menanti kemunculan tarikh tersebut.. harap2, semuanya akan menjadi lebih baik dan setiap doa akan diperkenankan, amin.. :)

minggu ini, byk perkara2 besar yg berlaku padahal, tetiap minggu ada je perkara besar kot, kan..?? mebi aku jer asek ketinggalan..haih...
suka aku nak highlightkan beberapa perkara yg sempat aku amek port. hehe


p.s- perhatikan banner 'wanita pertama malaysia,oke~'

- persidangan 1st lady summit watever la org panggil - yg menarik perhatian, lady2 yg dtg tu, kenapa tak baper ramai ek...tak terkenal plak tuh.. kata international..pastu wat iklan juta2 kat LONGDONG! heran gak. negara2 yg lain yg lebih glamour tak berminat nak dtg kah? tak takut kena bomoh ke kalau tak dtg tu..?? hishh..berani btul diorang~!!



-Ibraheem Ali dan Wan Hashim telah DITARIK gelaran Datuk oleh Sultan Kelantan - hahaahha . kesian ah..tapi kalau ada cucu, tak kesah sgt la..mereka maseh boleh dipanggil datuk~ heheh
p.s - tak PERKASA la takde datuk...camne nih..



- tragedi bas express terbalik dan eksiden betul2 menyayat hati laa...Delima Express involved in a six-vehicle pile up that killed 12 passengers at KM223 of the North South Expressway near the Simpang Ampat toll plaza on Sunday..cerita lanjut di sini - TRAGEDI
-al-fatihah buat muslim yg terkorban..dan takziah buat mereka yg bukan muslim..




- sukan KOmanwel kat India tamat arini...Malaysia cipta sejarah..bla..bla..bla..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..