Malaysia dan Suzuki Cup 2010




bagus, nak tgk bola, tgk laa..solat jgn lupa taw~

semalam malaysia telah dinobatkan sebagai Juara Piala Suzuki 2010. ikuti rentetan ringkas perjalanan Malaysia sebelum mendakap Piala tersebut.


1st game, malaysia vs indonesia. kalah 1-5. dikutuk habis2 oleh peminat yg sayangkan sukan bolasepak, peminat poser pulak apapun x amik port.

2nd game, malaysia vs thailand. seri o-o. diserang habis-habisan dari segenap arah oleh pasukan dari negeri gajah putih. namun pengalaman mengajar pasukan agar semakin pandai bertahan. walaupun mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun rezeki Malaysia belum ada hari tu. sekadar berpuas hati dgn 1 point.

3rd game, malaysia vs Laos. Laos yg sebelum ini telah menunjukkan permainan memberangsangkan sewaktu menentang pasukan thailand rupanya hanyalah sayur ulam buat malaysia. wisel akhir, malaysia menang 5-1. namun debaran masih terasa kerana pertemuan thailand dan indonesia bakal menentukan siapa yg akan meneruskan kemaraan ke pentas semi final...dan akhirnya, indonesia menewaskan thailand 2-1 walaupun thailand berjaya membolosi gawang indo terlebih dahulu.

kedudukan negara selepas perlawanan kumpulan

1st semi final, malaysia vs vietnam. vietnam turun selaku juara edisi sebelumnya dan menunjukkan corak permainan mantap, namun setiap serangan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan yg dikemudi oleh Muslim dan kawan² serta hero, khairul fahmi. Sorakan gamat penonton yg datang juga mencetus minat striker utk membolosi gol lawan sebanyak 2 bijik malam itu, cukup utk bekalan untuk bertandang ke tempat lawan. wisel akhir, malaysia menang,2-0.

2nd semi final. perlawanan yg penuh dengan kekebalan pertahanan malaysia dan serangan bertalu-talu dari pasukan vietnam yg ingin mengutip sekurang²nya 2 gol. namun, bagai dijangka, barisan belakang malaysia tidak mudah untuk diratah sewenang-wenangnya lagi. tidak seperti perlawanan pertama. wisel akhir, malaysia 0,vietnam 0 dan malaysia layak berdasarkan aggregat 2-0.masing-masing bermuka ketat ketika disuruh posing untuk bergambar

pentas final pertama malaysia selepas 14 tahun. peminat berebut membeli tiket. peminat poser pun tidak terkecuali. tiba² ramai org mula menyokong pasukan negara. pelbagai provokasi timbul, pelbagai spekualsi wujud.
malaysia vs indonesia. seperti dijangka, indo melancarkan serangan bertubi2, namun, pasukan negara sudah bersedia dan bertahan dgn sepenuh hati. demi negara kata mereka. first hal, score masih o-o. 2nd half dicemari oleh incident penjaga gol indo terlupa memakai spek itam dan kelihatan lemah bila terkena cahaya laser. ada rumours mengatakan, badan penjaga goal indonesia dibuat dari plastic, dan dia risau kalau2 pancaran laser itu bakal menjadikan dia cair. pengadil terpaksa menghentikan permainan sekejap.
selepas rehat, pasukan negara mula melancarkan serangan bertubi2 ke kubu lawan, bermula dgn kesilapan bek indo yg menganggap striker idlan talaha biasa² shj, akhirnya dihukum oleh idlan apabila digelecek dan dihantar ke kaki safee sali utk gol pertama. kesilapan berulang juga dilakukan oleh bek indo kerana terpukau dgn gerakan idlan dan akhirnya tak sengaja 'terhantar' kepada ashaari shamsuddin yg akhirnya merembat kencang ke dalam pintu gol indo. "gol biasa katanya" selepas itu sambil merendah diri.
ashaari a.k.a Kaka Malaysia berlari-lari anak sembil menyanyi lagu negaraku selepas menjaringkan gol cantik~

Selepas itu,satu hantaran cantik ala-ala EPL oleh bek kanan negara, Mahali terus sampai tepat untuk disambar dengan cantik oleh safee ali bg menjadikan kedudukan mutlak 3-0 buat malaysia sehingga ke wisel penamat.
safee sali juga menunjukkan cara betul, berlari, melompat, menanduk dan menjaringkan gol~

dunia internet makin meriah oleh spekulasi dari kedua2 negara. twitter dan facebook menjadi tapak melepaskan nafsu. sinar laser, jupe mahu memakai bra dan sebagainya betul2 telah menjadikan edisi suzuki cup kali ini berbeza. tengs.

gaya pasukan negara yg telah bersedia menghadapi sinar laser dari penyokong indonesia, sediakan payung sebelum hujan kata coach malaysia~

perlawanan akhir kedua di gelora Bung karno,senayan, seperti biasa, malaysia bertahan untuk separuh masa pertama sambil sesekali mengacah ke kubu lawan.indonesia mendapat penalti, namun dengan selamba ditangkap oleh khairul fahmi yg seterusnya digilai oleh gadis malaysia dan ada juga cewek2 indo.

2nd half bermula, dan jaringan pon terhasil. hantaran cantik bertaraf dunia oleh ashaari tepat ke kaki safee sali yg juga turut menyudahkannya dengan gol bertaraf dunia. "alang-alang ko dah hantar camtu" kata safee kpd ashaari.
kemasukkan pemain berprofil tinggi, yg ada resume 2 gol cantik menentang manchester united, amri yahyah bg menggantikan tempat ashaari dan beberapa rombakan kecil di barisan tgh dan pertahanan oleh rajagopal, telah menyebabkan malaysia bolos 2 gol, namun bak kata rajagopal, "rilek la der, saje je bg 2 gol tu, nnti xde gol, susah pulak nak kontrol emosi penonton indonesia yg dtg".

akhirnya, selepas 14 tahun, kapten malaysia, syafiq rahim dan geng² berjaya menjulang Piala Idaman, Suzuki Cup,( bukan kawasaki atau honda cup oke) buat kali pertama. tahniah Malaysia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..