suasana saat aku sampai ke melaka..time ni,aku dah lupa aku umo berapa..yg pasti, maseh muda sebab aku cuba mencuri kereta kuda pakcik dalam gambar tu..nak jumpa hang tuah kata aku time tu..tp pakcik tu tak percaya..isk3x..
wiken lepas, aku berkesempatan ke melaka, jalan² cari makan. org kata ikan bakar di umbai terbaek? asam pedas di town dia best? .. jd, dengan berbekalkan bekalan yg sepatutnya, aku follow geng aka 'partner in food hunting' ke melaka. sebagai manusia talam bermuka-muka, tujuan aku bukan sekadar gi makan, tp sebab dah lama x gi melaka, and nak jugak tgk, melaka maju tu camne rupernya...ye laa da maju kan...
alfonso de alburkaki sedang posing saat sampai ke melaka. time ni dia pon x pasti, melaka akan jadi melaka maju pada tahun 2010..katanya.
sampai kat sana dah malam, and seriyus li..perut aku asek berbunyi2 dah..so kami semua berpusing2 mencari tempat yg dipanggil umbai..ye la..nak rasa gak ikan bakar yg digemba-gemburkan power tu. jam 11.30 mlm, kedai2 sudah mula ditutup..and naseb baik, di umbai, kedai maseh dibukak, "demi untuk you'ols"-kata mereka..tengs ols. dah abis merasa hidangan yg terhidang, kami bergerak ke bandar hilir untuk mencari hotel budget murah, disebabkan kami semua sedang berbudget. pusing2, dapat la 2 bilik, rm50 satu bilik, +suasana katil yg keras, bunyi econ yg mengalahkan enjin kapal terbang, tv yg tiada butang untuk menukar cenel, oh! mmg btul2 hotel budget..tp aku tetap tido ngan aman..
bangun pagi, siap2 nk gi jonker street.. dapat try abc88 yg glemer, pastu pusing2 satu jonker..byk betul kedai antik..heaven! tp x dpt nak borong byk ah, since aku kan tumpang keta org..takpe, next time, aku dtg lg. pusing² kat jonker je da dekat satu hari..nak gerak balik kl lagi..sebelum balik, sempat merasa asam pedas di bandar melaka. oleh sebab kami pun dah lewat, maka, lauk asam pedas nya pon x menepati imaginasi tinggi aku selama ini..tp takpe lah..sebat je mana yg ada..lps makan, terus gerak balik kl. costing sorang untuk trip budget ni adalah rm 110 sorang. oh, aku gi 4 org,termasuk aku. berbaloi~!
oke, that's not the point. the point is... betul ke melaka maju 2010? kerajaan melaka menjaja cerita bahawa badan bebas, Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang memberi pengiktirafan bahawa 'Melaka Maju 2010'.. tetapi pihak Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju...
p.s - so camne you'ols..misteri tak? Anyway, Melaka kan bandaraya bersejarah..so banyaklah misteri nya~ misteri SRK dapat datuk pun maseh belum terungkai lagi~hehehe
No comments:
Post a Comment