perjalanan ke istana negara tidak berjaya
namun semangatnya tetap sampai ke sana
memerondum pemansuhan masih tersimpan rapi
untuk disampaikan sekali lagi
buat Agong yang bersemayam di istana
pandanglah di jendela,lihatlah negara
rakyat berteriak mohon perkenan
hapuskan ISA, mohon keadilan
anjing menggila di jalanan
menggigit,mengejar tanpa kasihan
kencing dihambur ibarat hujan
kasihan wanita yang menjadi korban
ramai ditahan tanpa waran
termasuklah peguam kakak kesayangan
namun nasihat dari kajang
terus bertahan dan terus melawan
semangat keadilan,harus ditegakkan
salam takziah dan salam perjuangan.
2 comments:
fyi....make it properly la...u can channel it via the rite way kalo x puas hati...
kalo dah sampai menyusahkan org ramai itu bukan perjuangan tapi penindasan utk kepentingan sendiri...pihak atasan relax jer..tp yg over is org bawahan...kecoh menyalak sana sini...untung sapa dpt?
wahai anonymous yang pengecut sebab tak tampil dgn nama sendiri, terlebih dahulu silalah bagi definisi 'orang ramai'. adakah ia rakyat biasa atau anjing2 umno? ISA sememangnya menyusahkan rakyat biasa kerana ia menyekat kebebasan dan mencabul hak asasi. ia merampas kebahagian suami isteri dan anak2 yang dijauhkan drpd org tersayang. dan apa maksud 'proper way'? the only proper way is by abolishing the draconian law itself. dan bagaimana untuk melakukannya? dengan mendesak pihak kerajaan dan majoriti parlimen yang menggubal undang2 la. dan bagaimana untuk mendesak? dengan menunjukkan bahawa MAJORITI rakyat tidak bersetuju dengan akta ini la. bagi menjawab soalan terakhir anda, untung mestilah polis2 barua dan pro-ISA yang dapat, sebab dorang DIBAYAR untuk menyertai demo pro-ISA berbanding dengan anti-ISA yang datang dengan tangan yang bersih!
Puspa Rosman
Post a Comment