3 adalah pelengkap

sahibul hikayat mula bercerita..
maka al-kisah permulaan bicara adalah berdasarkan 3 yg terbaik dalam hidup
3 adalah pelengkap perjalanan cerita sebuah kehidupan.

1 adalah permulaan atau proses mengenali..(observation)
kadang-kadang,mereka tidak pasti akan permulaaan ini,dan selalu menganggap kegagalan yang pertama adalah penamat segalanya. peperiksaan pertama, kerja pertama atau chenta pertama,mereka tidak mampu menanganinya dengan pemikiran yg waras atau bersikap rasional. seolah-olah yg pertama bg mereka adalah segala-galanya. kehilangan yang pertama memang memeritkan,kerana yg pertama adalah selalunya dianggap yg terbaik. ini kerana,mereka tanpa atau memang menyedari tapi tidak mampu mengakuinya, masih banyak lagi yang harus ditempuhi selepas yang pertama. mereka takut,kehadiran yang seterusnya tidak sesempurna yang pertama,padahal pengaturan hidup bukanlah hak milik mereka.

2 adalah proses pembelajaran atau proses eksperimentasi..(experimen
tation)
proses ini adalah sangat kritikal kerana ianya bakal menentukan hala tuju kepada proses yang terakhir. ramai yang mengambil ringan akan proses ini dan seterusnya menjadikan mereka seorang yang gagal menempuh proses ketiga. setelah gagal menanganiyg pertama, pemikiran mereka akan berpecah kepada tiga, untuk bersikap negatif dan membiarkan diri hanyut dalam arus kehidupan tanpa alternatif untuk memperbaiki diri, atau untuk bersikap positif,bangun dan menyahut cabaran hidup untuk terus menjadikan diri seorang insan terbaik mungkin, atau ketiga,terus hanyut dalam kepompong kegagalan pertama dan dalam pada masa yg sama,masih teragak2 untuk menjadi positif dan berusaha mengubah diri. mereka ini sedang mencuba untuk berubah,tetapi masih dihantui akan kehilangan yang pertama dan golongan ini bukanlah sepenuhnya gagal dalam eksperimen ini,tetapi masih memerlukan masa yang sesuai untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. golongan ini selalunya mempunyai paling banyak alasan dan bg mereka yang bercadang untuk mengubah golongan ini, bersikap sabar dan melayan karenah mereka dengan baik adalah jalan terbaik, kerana perlahan2, mereka boleh menjadi seorang insan yang positif kembali. jadilah kawan terbaik buat mereka dan jangan mengambil kesempatan atas kekeliruan mereka.

3 adalah proses terakhir iaitu proses menjalaninya atau menyempurnakanya..(complete)
proses terakhir ini akan kita lalui sehingga nafas terakhir. ada juga yang berkata, "aku telah gagal,dan aku akan bermula dari 0 kembali", bg aku semua itu sudah sedia terangkum dalam proses kedua. mereka yg gagal dan ingin bermula kembali,bukanlah mereka yg gagal dalam proses ketiga ini, mereka yg gagal dalam proses ketiga,tidak akan ada peluang untuk bangkit kembali, kecuali mereka itu diberi peluang untuk hidup kembali sesudah mati. Sebab itu,aku sering menekankan, percintaan kali ketiga setelah gagal yang pertama dan yang kedua, adalah percintaan yg melengkapkan kehidupan. bagi mereka yang memilik jumlah percintaan yang lebih dari jumlah itu, sebenarnya mereka sedang melalui proses kedua atau proses eksperimentasi yg panjang sebelum menemui chenta terakhir mereka atau chenta ketiga. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan proses kedua,kerana kita yang menjalankan eksperimen ke atas kehidupan kita sendiri, dan kita sendiri yg bakal menetapkan kesimpulannya.

yang pertama adalah permulaan,yg kedua adalah eksperimen dan yg ketiga adalah pelengkap.
3 adalah pelengkap kehidupan.


en nal jinnal
darjah 2
sekolah pemikiran baru, kajang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..