kaedah selamat murah untuk berdemonstrasi

sejajar dengan tuntutan kerajaan yg mengatakan kerugian bilion-bilion jutaan dollar (aku tambah jer nilai ini yer,harap maklum) akibat demonstrasi yg dilakukan baru-baru ini, kini timbul kaedah selamat dan murah serta tidak melibatkan atau membasahkan ramai org di jalanan.
antaranya.
pemilihan lokasi
oleh kerana pihak polis terpaksa melakukan sekatan jalan raya dan seumpamanya,maka di sarankan agar demonstrasi dilakukan ketika adanya acara2 besar seperti sambutan kemerdekaan atau le tour de langkawi berlangsung. demonstrasi boleh diadakan di tempat2 yg telah dilakukan sekatan jalan raya,kerana pihak polis tidak perlu melakukan lebih byk sekatan jalan raya dan seterunya mengurangkan kos operasi mereka. dah jimat kan..?? hehe

orang ramai atau peserta.
mereka yg ingin berdemonstrasi juga boleh la diajak dari kalangan mereka2 yg suka ke pesta2 seperti jom heboh atau mereka yang terlibat dengan perbarisan sambutan kemerdekaan. sediakan slot demonstrasi sebelum atau selepas konsert bermula bg menyampaikan suara2 mereka,dan selepas itu,boleh la diadakan acara2 sampingan yg menyeronokkan. dengan kaedah ini,peserta akan lebih teratur dan berhimpun pada satu tempat shj. sama jugak, sediakan satu perbarisan untuk para demonstran untuk sama2 berbaris dan membawa sepanduk yang mereka ingin bawa dan tunjukkan. dengan ini, kawalan akan menjadi lebih terkawal dan mereka juga akan mendapat pelbagai barangan cenderahati sempena hari kebangsaan. hehehhee.

akhirnya
alatan demonstrasi
bagi mengelakkan kerugian bilion-bilion dollar lagi buat penjaja dan mereka yg terjaja, eloklah semua banner atau risalah di buat dgn lebih teratur atau diselitkan bersama2 dengan banner2 atau billboard2 yg terdapat di jalan2. contohnya, banner sambutan hari peladang, kat bawah tuh,selitkan sekali ayat yang rakyat tidak puas hati terhadap kerajaan. bukankah kerja 2 dalam 1 itu lebih baik dan murah bagi pihak kerajaan? hohohoh.

seeloknya,setiap kali demo ingin dibuat, kerajaan harus bersama2 rakyat, berada di sana, membuka kaunter2 pertanyaan serta membuat liputan atau perbincangan secara langsung dengan para demonstran akan setiap apa yg tidak memuaskan hati mereka. lagi cool kan~

apapun, kata2 Pm 1malaysia untuk menyediakan stadium untuk para demonstran untuk berdemonstrasi agak kelakar, dewasa ini...dan misteri jugak~
hehehehe.
cam x caayer jer..tipu kan..tipu kan... hehehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..