Perak yang Bersejarah dan Terus Mencipta Sejarah
Sejarah perak telah lama bermula, tidak pernah hilang dan terus mencipta sejarah.
krisis politik di negeri tersebut telah membuka mata banyak pihak. dari golongan cerdik pandai, golongan profesional, golongan hak asasi manusia, golongan penjawat am, golongan pekerja swasta, golongan pekerja tak rasmi, golongan suri rumah serta golongan penjaja2 pasar malam. itu tak termasuk golongan pelajar yg masih berhingus, golongan pelajar yg telah kering hingus serta golongan pelajar yg belajar nak kesat2 hingus.
Krisis ini memberi pengajaran berguna dan x berguna kepada semua pihak.
Antara rangkuman yg boleh dianggap poin2 penting yg tercipta dari krisis tersebut antaranya adalah:
- ramai org luar sudah mula berjinak2 untuk mempelajari bahasa perak, contohnya, teman, ate, ayor dll.
-Mee Udang di Taiping semakin popular
-Semakin ramai org yg selama ini tatau menggunakan google search atau yahoo search, mula mencari2 maklumat mengenai perak di sini.
-Krisis ini telah menaik tarafkan jati diri org perak mengenai negeri mereka
-awek2 yg berasal dari negeri perak semakin ramai di sunting oleh jejaka2. (ini cuma gossip dari aku bukn fakta)
-Pelajaran sejarah menjadi lebih mudah kerana para pelajar tak perlu lagi membelek2 buku sejarah untuk belajar mengenai perjanjian pangkor atau sealirannya, kerana sudah banyak di ulas oleh akhbar setiap hari.
-Para guru sejarah boleh skip fakta2 mengenai sejarah perak, kerana para pelajar lebih tahu mengenainya.
-MB Nizar yg semasa pemerintahannya dianggap lemah dan menurut kata (jika di baca dari akhbar2 arus perdana) kini boleh dinilai kredibiliti, perwatakan dan profesional cara kerja beliau.
Beliau kini dianggap antara pemimpin terbaik pernah dilahirkan oleh negeri perak (jika di kaji dari hasil penilaian org ramai terhadapnya)
-MB ciptaan najib dilihat tiada kredibiliti kerana menjawat jawatan itu melalui kabel @ pintu belakang. (selalu ler org nak keja gomen kena ada kabel kuat, baru leh apply~)
-pihak istana kelihatan tidak gagah lagi apabila menghadapi krisis2 yg melibatkan rakyat...tidak seperti yg aku baca melalui buku2 sejarah tentang kehebatan raja2 melayu dahulu kala..
-Prinsip hang jebat lebih menjadi ikutan berbanding prinsip hang tuah (wujudkah makhluk2 ini?? dari dulu aku konpius dan semakin konpius)
-kredibiliti hang tuah semakin dipertikaikan oleh byk blog kerana dikatakan kaki perempuan (dan perempuan yg dipikatnya diserahkan kpd sultan.. ish..)
-kredibiliti ahli speaker kini boleh dipersoalkan dan dibatalkan arahannya jika tidak memuaskan hati para pemimpin negara. (atau dalam kata lain, menentang mereka)
-Demokrasi telah hilang di saat MB baru@haram perak ditabalkan. bukankah demokrasi itu pilihan rakyat jelata..dan mereka telah memilih...bukan lagi diberi pilihan..
Ini cumalah sekelumit poin2 penting yg sempat aku coretkan di sini, kerana aku percaya, lebih byk lagi yg telah dapat kita pelajari hasil dari krisis yg berlaku di negeri perak.
kerana perak adalah negeri yg termaktub byk sejarahnya dan akan terus mencipta sejarah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku tali kasut ku..
Empirisisme Chenta si tali kasut
Empirisisme cinta
detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.
anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~
hikayatku
- tali kasut
- hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..
No comments:
Post a Comment