bila tv dipinggirkan..

FOMCA telah menganjurkan kempen utk org ramai dari menonton tb selama seminggu hari tu.
aku pon tatau nak menyambutnya dgn muka hepi atau muka selebet. Niat murni fomca mmg baik, bg mengeratkan tali kekeluargaan yg semakin merenggang skrg.

tp bila mengenangkan seminggu tanpa tb, muke ku jd selebet balik.. byk yg aku miss la nnti lau ikut kempen tu. bola, cerita, drama swasta, berita, discovery, kartun dan macam2 lagi.. huhu..

ish..cam tak logik akal je kempen fomca neh. apsal ek..?? dah takde cara lain da ke tuk mencapai niat murni tu?? saper agaknya 'bijak pandai' yg mengesyorkan idea 'pandai' neh..
agak2 na, org tu, umah dia takde tb kot..
takpun, time kecik2 dia mmg xleh tgk t kot.. huhuhu

misteri2..
saspen2...

kempen yg gagal!

Do you know that one car is stolen every 1.3 hours in Malaysia?

I find this useful and would like to share with all.

INSURANCE INDUSTRY STATISTICS ON STOLEN VEHICLES

Vehicle Theft - Industry Overall
OVERALL
Year | No. of Theft | Claim Incurred (RM)
1997 | 8,869 | 135,169,955
1998| 12,104 | 195,905,082
1999| 18,507 | 291,658,054
2000| 20,145 | 340,387,264
2001| 18,469 | 364,101,096
2002| 19,642 | 492,066,168
2003| 19,936 | 586,393,750
2004| 26,563 | 556,989,546
2005| 24,616 | 522,193,918
2006| 44,600 | 557,257,590
2007| 44,105 | 504,124,142



Vehicle Theft - Private Car
PRIVATE CAR
Year| No. of Record| Claim Incurred (RM)
1997| 1,615| 89,127,991
1998| 2,388| 127,897,554
1999| 3,734| 191,943,458
2000| 4,548| 239,952,675
2001| 5,208| 273,209,910
2002| 6,226| 394,665,541
2003| 7,303| 488,864,729
2004| 7,263| 426,372,558
2005| 6,431| 395,536,202
2006| 7,862| 349,131,744
2007| 6,951| 303,202,549



Vehicle Theft - Motorcycle
MOTORCYCLE
Year No. of Record Claim Incurred (RM)
1997| 6,834| 27,453,724
1998| 8,944| 33,071,108
1999| 13,466| 50,190,156
2000| 14,394| 52,184,299
2001| 12,125| 45,315,845
2002| 12,201| 46,793,919
2003| 11,142| 34,048,811
2004| 17,762| 67,242,096
2005| 16,706| 57,378,348
2006| 34,689| 126,242,667
2007| 35,041| 127,711,090




Source: PIAM Website

huhuhu
'ramai' tul keta yg dah kena curi yer
ke mana sumer keta2 ni ilang aa...
kena barai jd spare part kah??
kena potong jd keta potong kah?
kena seludup gi obersi kah??

huhu
misteri2..
saspen2~

MENGENAL KAPITALISMA

KEDAULATAN DAN GLOBALISASI

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi.


dipetik dari : (TT)

camry oh camry

camry oh camry
camne neh..
dah nak kena lelong..
baru beli dah kena jual..
panas ke seat kat dalam camry tu??
dah tak mampu nak letak punggung dalam keta tu ke?

misteri2~
saspen2~

lepas lelong camry,agak2 keta baru lagik la kerajaan demo yob~
pandai tul amalan jimat cermat nyer...
rakyat jelata camne??
setuju ke?

saspen2~

Ganung ku lagi

sebut pasal ADUN kedah letak jawatan sebab kena ugut bunuh, dia lari obersi
agak2, 10 adun tadi, lari nusuk maner aaa??
ke lari gi pulau kapas??
le lari main golf??
le gi redang main snorkeling??
ke lari cari ayoh pingg??

huhuh
misteri2
saspen2

pulis wi jaminan pun, 10 Adun tadi dop cayer gok.
Kalu ADUN pun Dok cayer jaminan Polis, APe lagi rakyat yang pilih adun2 tadi aaa....

ape citer amat said!!!
sehak ko??~
kate orang debe ganung.
pe lagi, gi gocoh laa belake~

hahaha

SASPEN2~

haru biru ganung ku~

dengar citer, 10 adun BN tak datang kuliah DUN.
aku dgr pon dalam radi-o tadi.
check2, dgr kabar, dpt ugutan bunuh~
wor..ini sudah kes berat!!

lau kat kedah, citer pasal adun dapat ugutan bunuh, dia letak jawatan ADUN..
lau kat GANU, ghane pulok yer~

MISTERI2~
SASPEN2~

Vokalis kumpulan Arrow sertai PAS, Amy Search cuma perhati


Vokalis kumpulan Arrow sertai PAS, Amy Search cuma perhati

Sempena program yang bertemakan 'Jom Sertai PAS', vokalis kumpulan rock Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS. Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir tengah hari semalam.

Menurutnya, beliau bersedia menyertai parti Islam itu setelah tertarik dengan ucapan Tuan Guru ketika merasmikan majlis berkenaan, walaupun ringkas namun padat serta berisi dengan mesej yang baik.

Beliau yang tidak pernah mendengar ceramah agama dari pimpinan PAS sebelum ini, mengakui ucapan Tuan Guru cukup meresap dalam jiwanya.

Beliau hadir pada majlis itu hari ini bersama artis lagenda kumpulan rock, Amy Search sempena majlis Himpunan Belia Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bagaimanapun Amy Search yang menjadikan Tuan Guru sebagai 'idolanya' belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik. Katanya, pergerakannya dilihat secara halus oleh peminatnya sendiri, jadi untuk ketika ini beliau ingin berdiri sebagaimana artis biasa.

"Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian," ujarnya.

Sambungnya, beliau bersedia menerima undangan Dewan Pemuda PAS Negeri atas dasar tanggungjawabnya tanpa melihat risiko pada masa hadapan, kerana beliau tidak pernah memikirkan soal itu.

"Tidak perlu fikir soal risiko sebab kedatangan saya ke sini langsung tidak pernah saya fikir ianya suatu risiko bahkan saya sebagai artis berhak ke mana-mana untuk tujuan yang baik dan untuk bersama peminat," ujarnya lagi.

Namun bagi Amy jemputan menghadiri program tersebut merupakan suatu rezeki Allah yang tidak ternilai, apa lagi dapat membuat persembahan di hadapan Tuan Guru.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Tuan Guru yang turut hadir ke restorennya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

Peminat kedua-dua artis rock itu tidak melepaskan peluang untuk melihat Amy dan Renggo dari dekat di samping untuk bersalaman sehingga memaksa pengawal keselamatan bertindak untuk menjaga keselamatan Amy untuk menaiki kereta selepas majlis berakhir.

sumber : harakahdaily


Surat Tok Guru Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

Surat Tok Guru Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak



13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS,

Demokrasi di awan biru

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Sirul Azhar bersalah

Mahkamah telah memutuskan kedua-dua anggota polis yg terlibat dgn kes Altantuya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.
mereka telah dijatuhkan hukuman mati kerana didakwa membunuh altantuya.
Motif pembunuhan masih samar lagi bg pandangan rakyat.
Pasal apa diorang nak bunuh Altantuya?
Sebab apa nak bunuh?
Senjata pembunuhan belum dijumpai.
Seorang lagi yg didakwa terlibat, Razak baginda telah dilepaskan lebih awal.

dalam keterangan pembelaan kedua mereka :
"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya." kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis, sementara Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.

jika kedua-dua mereka sebenarnya adalah kambing hitam..alangkah malangnya demokrasi di malaysia..hakim bukan lah hakim yg boleh menjadi hakim lagi..
tutup shj bangunan mahkamah, jadikan galeri..untuk tatapan generasi masa depan..

berita lain

Mukhriz terpilih menanggotai kabinet

Belek-belek senarai anggota kabinet yg baru, tiba2 terlihat nama mukhriz mahathir..
hahahahhahahah... kj mana woi??
kj.. ke dah tertinggal nama dia??

ke dalam kementerian hantu?? hahahha

-hehe, naib johan pun leh jadi anggota kabinet... lobi-lobian dari bapak kah??
-bapak rejoin Berat Nanang, anak dapat jd ahli pengakap.. ekekekeke
-hehe... kj mana ilang takhta?? hehehehehhe


misteri2..
saspen2..

CIMB urged staff to take UNPAID leave up to 6 months

KOTA KINABALU, April 6 (Bernama) -- The CIMB Group has given an assurance that there would be no retrenchment of its staff in facing the current economic downturn.

Its group chief executive Datuk Seri Nazir Razak reiterated today that the rejuvenation programme for its staff announced on March 30 was not aimed at cost-saving, but rather a good opportunity for the 36,000 staff to take no-pay leave for a month and up to six months.

"I have made it clear that there would be no retrenchment of our staff, especially during the economic crisis.

"During times like this, it is important that the company is there for our workers. While there is a slowdown in business, it is also a good time to take a break and recharge.

"Who knows, when the economy booms again, there might not be opportunities to take a long holiday," he told reporters after the opening of the CIMB Bank and CIMB Islamic Branch at 1Borneo Hypermall here today.

-- BERNAMA


aku menaip sambil menggunting kad kredit CIMB aku.. huhu
berita ni takder misteri..
cuma..
saspen2...

Kapitalisma, Hutang dan Riba

(dipetik terus dari en isham si tukar tiub )

BANK DAN PEMBOHONG


Semua yang wujud dalam alam bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil dari Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala ke Utara bagitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah ubah. Manusia yang memiliki akaliah akan mencari dan menemui hukum-hukum ini. Penemui hukum hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum hakam ini neutral tidak memiliki nilai. Nilai baik atau jahat lahir dari akaliah manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui Cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah. Apabila ditemui ciri dan hukum hakam uranium, maka akaliah manusi jugalah yang cuba mengubah hukum hakam ini hingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum hakam aljibra dan ilmu bintang oleh al-Khwārizmī's di Baitul Hikmah Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini. Hukum ilmu bintang ini neutral – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum hakam ini untuk kebejatan dengan meletakan senjata di atas langit.

Kapitalisma juga bergerak mengikut hukum hakam. Hukum pertama kapitalisma ialah untuk mendapatkan keuntungan maksima. Hukum ini tidak akan beralih-alih. Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis adalah sama.

Kapitalisma juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisma akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami begaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksima.

Sebelum kemunculan bank – di zaman Kapitalisma Mecantile - emas adalah tukaran. Justeru jika kita menyemak Sejarah Melayu kita akan terbaca upti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah Tukang Emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli. Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi Tuan Kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya Tuan Kedai akan menuliskan diatas kertas jumlah emas yang tersimpan. Kertas ini cukup berharga. Sesekali si Saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan Kedai Emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana Tuan Kedai bukan hanya menyimpan untuk saorang saudagar tetapi bebelas-belas. Jika ada si Suadagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya Tuan Kedai akan memperlihat emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini mulalah hukum kapitalisma bergerak lagi. Contohnya Tuan Kedai ada menyimpan 100 keping emas yang dimiliki Saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan maka nilainya tidak bertambah. Justeru Tuan Kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Saudagar Buluh Kasap ini. Ertinya ada seratus keping kertas lebih dari 100 keping emas. Ini menjadikan modal Saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh Tuan Kedai ini diwar warkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi Tuan Kedai. Inilah asal usul duit kertas atau bank note. Dari pengalaman, Tuan Kedai tahu bahawa para-para saudagar ini tidak semuanya akan datang dalam satu masa yang sama untuk melihat emas simpanan. Justeru dia boleh memutar belitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksima sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini Tuan Kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si Penyimpan Emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi dari jumlah emas yang ada tersimpan. Pekara ini tidak di ketahui umum kerana Tuan Kedai menyimpan emasnya secara rashia. Konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan Kedai Emas menjadi kaya menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal usul bank dalam sistem kapitalisma. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan. Pembohogan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan dari orang ramai. Orang ramai yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan Tuan Kedai. Tuan Kedai Emas ini juga dilihat hebat dikalangan masyarakat kerana di memiliki rumah besar, isteri gemok, makan sedap, ada babu dan ada pengawal pribadi.

Tuan Kedai Emas ini akhirnya menjadi banker. Ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice. Shylock ini adalah watak banker 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum hakam dan ciri ciri seorang banker tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar jika tidak daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini 500 tahun kemudian – asas hukum bank – tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersususn. Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya dari Tuan Kedai Emas dahulu.

Contoh : Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang. Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata! Dari 100 ringgit modal asal kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi – kredit. Tidak ada duit bertukar tangan. Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti Tuan Kedai Emas - tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir dari hutang dan bunga. Inilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama si peminjam diminta memberi cagaran – ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang maka cagaran akan terlupus. Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka terbonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap. Tidak ada duit sebenarnay dalam bank itu. Yang berpusing pusing hanya kertas. Terbongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak bulan September tahun 2008.

Bank Northern Rock di Scotland terbonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka. Ini permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank. Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka. Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Banker banker ini telah mempengaruhi para politikus untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan. Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari makan riba, para banker telah memberi sumbangan kepada politikus. Persekongkolan ini cukup intim. Para banker ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada tahun 2009 ini banyak bank telah bangkrap. Lalu persoalan timbul. Kemana perginya duit duit ini? Harta kekayaan tidak hilang ianya hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan dibank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung. Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh bankrap, bank boleh di istihar bangkrap tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrap. Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi Syarikat Lim Go Tong sampai kiamat tidak akan bankrap. Ini juga adalah hukum sistem kapitalis.

(TT)

Kemenangan di bukit-bukit

mutakhir

Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

manakala

Calon PKR S. Manikumar telah memenangi DUN Bukit Selambau dengan majoriti undi sebanyak 2396 undi. S. Manikumar telah mengalahkan S. Ganesan dari MIC serta 13 calon Bebas.

dan seterusnya... BN menang di batang ai.

kesimpulan:
Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat amat menyukai bukit-bukit, manakala rakyat BN sukakan batang.

hmmm...

misteri2...
saspen2...

-insyaAllah akan ku ulas bila diberi kesempatan...skrg agak bz..

Antara Siti Nurhaliza, Dato' K dan Tok Guru

Antara Siti Nurhaliza, Dato' K dan Tok Guru


Kunjungan Siti Nurhaliza dan suami ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim.
Kunjungan dibuat atas dasar hormat beliau dan suami kepada Tok guru,ujar beliau kepada pemberita.


Di kesempatan yg ada juga, beliau telah menyerahkan hadiah saguhati kepada Tok guru sambil diperhatikan oleh suami beliau yg terchenta.
sumber dari bernama.

Sultan pekenan Pak Lah berundur

Mutakhir:

Sultan Mizan telah memberi pekenan bg meluluskan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah.
Perdana Menteru yg baru akan mengangkat sumpah pada hari esok, jumaat 03 april 2009, jam 0200 GMT.
Perdana Menteri baru itu juga dikenali sebagai najib.
rakyat malaysia akan mendapat perdana menteri baru disebabkan perdana menteri lama x berani lagi memikul tanggungjawab.
Yang akan mengangkat sumpah esok pulak sgt berani kerana isu2 yg menjadi kontroversi dalam dan luar negara tidak memberi kesan langsung (org kata dok degih) kepada beliau.
barisan kabinet juga dipercayai org2 yg berani jugak.
dan yg paling berani adalah bini beliau..
hehhehehee

berani camne??

misteri2...
saspen2...

sama2 kita nantikan... heheh

Perak yang Bersejarah dan Terus Mencipta Sejarah

Perak yang Bersejarah dan Terus Mencipta Sejarah

Sejarah perak telah lama bermula, tidak pernah hilang dan terus mencipta sejarah.
krisis politik di negeri tersebut telah membuka mata banyak pihak. dari golongan cerdik pandai, golongan profesional, golongan hak asasi manusia, golongan penjawat am, golongan pekerja swasta, golongan pekerja tak rasmi, golongan suri rumah serta golongan penjaja2 pasar malam. itu tak termasuk golongan pelajar yg masih berhingus, golongan pelajar yg telah kering hingus serta golongan pelajar yg belajar nak kesat2 hingus.

Krisis ini memberi pengajaran berguna dan x berguna kepada semua pihak.
Antara rangkuman yg boleh dianggap poin2 penting yg tercipta dari krisis tersebut antaranya adalah:
- ramai org luar sudah mula berjinak2 untuk mempelajari bahasa perak, contohnya, teman, ate, ayor dll.
-Mee Udang di Taiping semakin popular
-Semakin ramai org yg selama ini tatau menggunakan google search atau yahoo search, mula mencari2 maklumat mengenai perak di sini.
-Krisis ini telah menaik tarafkan jati diri org perak mengenai negeri mereka
-awek2 yg berasal dari negeri perak semakin ramai di sunting oleh jejaka2. (ini cuma gossip dari aku bukn fakta)
-Pelajaran sejarah menjadi lebih mudah kerana para pelajar tak perlu lagi membelek2 buku sejarah untuk belajar mengenai perjanjian pangkor atau sealirannya, kerana sudah banyak di ulas oleh akhbar setiap hari.
-Para guru sejarah boleh skip fakta2 mengenai sejarah perak, kerana para pelajar lebih tahu mengenainya.
-MB Nizar yg semasa pemerintahannya dianggap lemah dan menurut kata (jika di baca dari akhbar2 arus perdana) kini boleh dinilai kredibiliti, perwatakan dan profesional cara kerja beliau.
Beliau kini dianggap antara pemimpin terbaik pernah dilahirkan oleh negeri perak (jika di kaji dari hasil penilaian org ramai terhadapnya)
-MB ciptaan najib dilihat tiada kredibiliti kerana menjawat jawatan itu melalui kabel @ pintu belakang. (selalu ler org nak keja gomen kena ada kabel kuat, baru leh apply~)
-pihak istana kelihatan tidak gagah lagi apabila menghadapi krisis2 yg melibatkan rakyat...tidak seperti yg aku baca melalui buku2 sejarah tentang kehebatan raja2 melayu dahulu kala..
-Prinsip hang jebat lebih menjadi ikutan berbanding prinsip hang tuah (wujudkah makhluk2 ini?? dari dulu aku konpius dan semakin konpius)
-kredibiliti hang tuah semakin dipertikaikan oleh byk blog kerana dikatakan kaki perempuan (dan perempuan yg dipikatnya diserahkan kpd sultan.. ish..)
-kredibiliti ahli speaker kini boleh dipersoalkan dan dibatalkan arahannya jika tidak memuaskan hati para pemimpin negara. (atau dalam kata lain, menentang mereka)
-Demokrasi telah hilang di saat MB baru@haram perak ditabalkan. bukankah demokrasi itu pilihan rakyat jelata..dan mereka telah memilih...bukan lagi diberi pilihan..

Ini cumalah sekelumit poin2 penting yg sempat aku coretkan di sini, kerana aku percaya, lebih byk lagi yg telah dapat kita pelajari hasil dari krisis yg berlaku di negeri perak.
kerana perak adalah negeri yg termaktub byk sejarahnya dan akan terus mencipta sejarah...

Siapa Ezam : Khalid Jaafar

Siapa Ezam oleh Khalid Jaafar.
aku cuma ingin berkongsi pandangan, bukan mengutuk ye en SB sekalian ataupun menabur fitnah.
sesiapa yg ingin membaca kisah Siapa Ezam, ingin mengenali personaliti beliau,

sila klik

SIAPA EZAM


SIAPA EZAM

SIAPA EZAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..