Isabella : Gadis dari Spain


Maukah kamu mendengar cerita ini..? Kisah seorang gadis manis dari Spain. Diberi nama Isabella, dijaga dan dibela dengan penuh kasih sayang oleh keluarga, sehingga dia menemui cahaya, yang akhirnya menjerumuskan dia ke dalam penjara gelap..kerna sebuah kepercayaan.
Inilah novel inspirasi buatku dan aku membesar dengan membaca novel ini, tanpa pernah merasa jemu dan bosan.
Semoga mereka yang membaca novel ini, turut merasa sepertiku. aminn.


ISABELLA

……………………………………………………………………………………..

BAB 1 Taman Yang DiBerkati

Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya, berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Pada suatu petang yang damai di salah satu sudut taman itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudah hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang gadis kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella kebetulan duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya di sebalik serumpun tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawan-kawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang bangsawan termasuk para paderi banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidup mereka bahagia dan gembira. Tetapi keinginan mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella yang mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu Nabi Isa, hidup membujang sampai ke akhir hayat, mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus. Dia tidak bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapi sebaliknya mendidiknya dengan ilmu agama sehingga Isabella dalam usia semuda itu telah mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan sangat mengambil perhatian berat di dalam perbincangan-perbincangan yang mengenai ilmu ketuhanan.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya itu terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata ”padahal paderi-paderi Kristian”. Dia lalu dengan berhati-hati memasang telinganya.

Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahwa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.Salah seorang pemuda itu berkata, “Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu?” Terdengar ketawa kecil kawannya. “Umar, sahabatku. Engkau mahu aku menerangkan kepadamu padahal paderi-paderi Kristian sendiri ….”

Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapan itu. Dia lalu berkata kepada kawan-kawannya, “Nampaknya orang-orang di sebelah kita ini sedang memperkatakan tentang agama kita. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata.” Salah seorang kawannya menyampuk dengan nada sinis, “Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya.” “Diamlah!” herdik Isabella. “Nanti mereka tahu kita ada di sini. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata.”

“Apa maksudmu, paderi-paderi Kristian sendiri. Apakah mereka juga tidak memahaminya? Apakah mereka itu menganut agama Kristian hanya secara membuta tuli saja?” tanya orang yang bernama Umar. Namanya yang lengkap ialah Umar Lahmi seorang terpelajar yang terkenal di kalangan cendekiawan agama.

“Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yang terkemuka dan dengar apa jawabannya. Tetapi sebelum itu terangkan lebih dulu kepadaku apakah yang menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan kata-kata St. Paul itu!” ujar Maaz, demikian nama seorang lagi.

Sambil memandang muka sahabatnya, Umar Lahmi berkata, “Bukan aku tidak bersetuju tetapi aku hanya mahu memahaminya saja. Tuan seorang yang banyak bergaul dan bercakap dengan orang-orang Kristian. Tuan juga banyak banyak membaca kitab-kitab mereka. Maka sebab itulah aku meminta penerangan daripada tuan. Menurut pendapatku apabila hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Nabi Isa datang mahu menyelamatkan penganut-penganut agama Kristian dari kutukan itu maka pencurian, penzinaan, penderhakaan kepada ibubapa seharusnya dapat dibenarkan di dalam agama Kristian meskipun barangkali tidak ada orang Kristian yang percaya tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu.”

Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-kata sahabatnya itu. “Bagaimana boleh pencurian dan penzinaan dikaitkan dengan hukum-hukum agama menjadi satu kutukan? Aku tidak berapa faham dengan maksud tuan.”

“Apa yang aku maksudkan,” jawab Umar Lahmi, “ialah di dalam Kitab Perjanjian Lama, hukum-hukum agama memerintahkan bahwa kita tidak boleh mencuri, tidak boleh berzina, tidak boleh menimbulkan kesukaran kepada tetangga, tidak boleh derhaka kepada orangtua dan lain-lain lagi. Apabila seluruh hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan, maka mematuhi perintah-perintahnya juga merupakan satu kutukan karena perintah-perintah itu adalah sebahagian daripada agama, malah ia adalah intisarinya yang sebenar. Jikalau yang dikatakan oleh St Paul itu benar, maka orang-orang Kristian boleh mencuri, boleh berzina dan boleh melakukan dosa-dosa lain. Apabila mereka mematuhi hukum-hukum agama ini maka mereka termasuk orang yang dilaknat dan orang-orang Kristian yang menentang pula dapat dihukum bersalah kerana mereka tidak mematuhi peraturan-peraturan agama.”

Maaz tersenyum kecil apabila sahabatnya itu selesai menghuraikan hujahnya yang panjang lebar itu. Sambil mengangguk-anggukkan kepala, dia berkata, “Agak aneh. Tuan mahu aku menjelaskan perkara yang sama yang seringkali aku kemukakan kepada orang-orang Kristian.”

“Apa?” Umar Lahmi agak terperanjat mendengar kata-kata Maaz itu. “Tuan juga telah bertanya kepada mereka? Jadi, apa jawaban mereka?”

“Mereka cuba memberi penjelasan tetapi terlalu membingungkan.” jawab Maaz.

Sebaik saja Maaz selesai bercakap, dari menara masjid yang berhampiran dengan taman kedengaran suara azan maghrib dilaungkan oleh muazzin yang merdu dan amat syahdu. Kedua-dua orang sahabat itu pun bangun dari duduknya, menuju ke sebuah tempat air untuk berwuduk dan kemudian menuju ke masjid untuk ikut berjemaah bersama-sama dengan saudara-saudara Muslimin yang lain.

Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar perbincangan Umar Lahmi dan Maaz merasa amat terkilan apabila kedua-dua orang itu bangun secara tiba-tiba meninggalkan tempat itu. Dia mendengar percakapan kedua orang itu dengan penuh minat apatah pula dia memang sangat tertarik dengan soal-soal yang berhubungan dengan ketuhanan dan dapat pula membuat penilaian terhadap penentangan yang dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Dia cuba mencerna persoalan itu dan mencari jawaban kepada pokok perbincangan yang ditimbulkan tetapi ternyata tidak berdaya. Akhirnya dia mengambil keputusan akan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya. Setelah membuat keputusan itu, dia mengajak kawan-kawannya pulang.

Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satu persimpangan jalan. Dia berjalan menuju ke pintu gerbang sebelah timur Cordova.

....bersambung.

sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian
oleh Maulana Mohammad Saeed
terjemahan Abdullah Hussain

melankoli awal tahun..

shit, bila teringat awal tahun lepas, sumenya cam best, tp nnti bila nak masuk bulan 2 n 3 je..misti rasa tak best. so dgr je la lagu ni..haih..



lirik :
Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

*
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Back to *

apa khabar agaknya beskut...
T_T

Malaysia dan Suzuki Cup 2010




bagus, nak tgk bola, tgk laa..solat jgn lupa taw~

semalam malaysia telah dinobatkan sebagai Juara Piala Suzuki 2010. ikuti rentetan ringkas perjalanan Malaysia sebelum mendakap Piala tersebut.


1st game, malaysia vs indonesia. kalah 1-5. dikutuk habis2 oleh peminat yg sayangkan sukan bolasepak, peminat poser pulak apapun x amik port.

2nd game, malaysia vs thailand. seri o-o. diserang habis-habisan dari segenap arah oleh pasukan dari negeri gajah putih. namun pengalaman mengajar pasukan agar semakin pandai bertahan. walaupun mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun rezeki Malaysia belum ada hari tu. sekadar berpuas hati dgn 1 point.

3rd game, malaysia vs Laos. Laos yg sebelum ini telah menunjukkan permainan memberangsangkan sewaktu menentang pasukan thailand rupanya hanyalah sayur ulam buat malaysia. wisel akhir, malaysia menang 5-1. namun debaran masih terasa kerana pertemuan thailand dan indonesia bakal menentukan siapa yg akan meneruskan kemaraan ke pentas semi final...dan akhirnya, indonesia menewaskan thailand 2-1 walaupun thailand berjaya membolosi gawang indo terlebih dahulu.

kedudukan negara selepas perlawanan kumpulan

1st semi final, malaysia vs vietnam. vietnam turun selaku juara edisi sebelumnya dan menunjukkan corak permainan mantap, namun setiap serangan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan yg dikemudi oleh Muslim dan kawan² serta hero, khairul fahmi. Sorakan gamat penonton yg datang juga mencetus minat striker utk membolosi gol lawan sebanyak 2 bijik malam itu, cukup utk bekalan untuk bertandang ke tempat lawan. wisel akhir, malaysia menang,2-0.

2nd semi final. perlawanan yg penuh dengan kekebalan pertahanan malaysia dan serangan bertalu-talu dari pasukan vietnam yg ingin mengutip sekurang²nya 2 gol. namun, bagai dijangka, barisan belakang malaysia tidak mudah untuk diratah sewenang-wenangnya lagi. tidak seperti perlawanan pertama. wisel akhir, malaysia 0,vietnam 0 dan malaysia layak berdasarkan aggregat 2-0.masing-masing bermuka ketat ketika disuruh posing untuk bergambar

pentas final pertama malaysia selepas 14 tahun. peminat berebut membeli tiket. peminat poser pun tidak terkecuali. tiba² ramai org mula menyokong pasukan negara. pelbagai provokasi timbul, pelbagai spekualsi wujud.
malaysia vs indonesia. seperti dijangka, indo melancarkan serangan bertubi2, namun, pasukan negara sudah bersedia dan bertahan dgn sepenuh hati. demi negara kata mereka. first hal, score masih o-o. 2nd half dicemari oleh incident penjaga gol indo terlupa memakai spek itam dan kelihatan lemah bila terkena cahaya laser. ada rumours mengatakan, badan penjaga goal indonesia dibuat dari plastic, dan dia risau kalau2 pancaran laser itu bakal menjadikan dia cair. pengadil terpaksa menghentikan permainan sekejap.
selepas rehat, pasukan negara mula melancarkan serangan bertubi2 ke kubu lawan, bermula dgn kesilapan bek indo yg menganggap striker idlan talaha biasa² shj, akhirnya dihukum oleh idlan apabila digelecek dan dihantar ke kaki safee sali utk gol pertama. kesilapan berulang juga dilakukan oleh bek indo kerana terpukau dgn gerakan idlan dan akhirnya tak sengaja 'terhantar' kepada ashaari shamsuddin yg akhirnya merembat kencang ke dalam pintu gol indo. "gol biasa katanya" selepas itu sambil merendah diri.
ashaari a.k.a Kaka Malaysia berlari-lari anak sembil menyanyi lagu negaraku selepas menjaringkan gol cantik~

Selepas itu,satu hantaran cantik ala-ala EPL oleh bek kanan negara, Mahali terus sampai tepat untuk disambar dengan cantik oleh safee ali bg menjadikan kedudukan mutlak 3-0 buat malaysia sehingga ke wisel penamat.
safee sali juga menunjukkan cara betul, berlari, melompat, menanduk dan menjaringkan gol~

dunia internet makin meriah oleh spekulasi dari kedua2 negara. twitter dan facebook menjadi tapak melepaskan nafsu. sinar laser, jupe mahu memakai bra dan sebagainya betul2 telah menjadikan edisi suzuki cup kali ini berbeza. tengs.

gaya pasukan negara yg telah bersedia menghadapi sinar laser dari penyokong indonesia, sediakan payung sebelum hujan kata coach malaysia~

perlawanan akhir kedua di gelora Bung karno,senayan, seperti biasa, malaysia bertahan untuk separuh masa pertama sambil sesekali mengacah ke kubu lawan.indonesia mendapat penalti, namun dengan selamba ditangkap oleh khairul fahmi yg seterusnya digilai oleh gadis malaysia dan ada juga cewek2 indo.

2nd half bermula, dan jaringan pon terhasil. hantaran cantik bertaraf dunia oleh ashaari tepat ke kaki safee sali yg juga turut menyudahkannya dengan gol bertaraf dunia. "alang-alang ko dah hantar camtu" kata safee kpd ashaari.
kemasukkan pemain berprofil tinggi, yg ada resume 2 gol cantik menentang manchester united, amri yahyah bg menggantikan tempat ashaari dan beberapa rombakan kecil di barisan tgh dan pertahanan oleh rajagopal, telah menyebabkan malaysia bolos 2 gol, namun bak kata rajagopal, "rilek la der, saje je bg 2 gol tu, nnti xde gol, susah pulak nak kontrol emosi penonton indonesia yg dtg".

akhirnya, selepas 14 tahun, kapten malaysia, syafiq rahim dan geng² berjaya menjulang Piala Idaman, Suzuki Cup,( bukan kawasaki atau honda cup oke) buat kali pertama. tahniah Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..