Usai menunaikan solat isya', aku termanggu di sejadah, air mata merembes kencang. teringat saat-saat bersama arwah tok ketika memandang poster tok guru. "manih sungguh tok guru bila senyum," komen tok sambil tersenyum. seraya memandang poster besar yang terpampang gambar tok guru, aku mengiyakan kata-kata arwah tok di dalam hati.
aku pernah menghadiri ceramah-ceramah yang melibatkan tok guru di sekitar terengganu dan kL, namun belum berkesempatan untuk bertentang mata dan bersoal jawab secara peribadi, walaupun di dalam hati ada menyimpan niat untuk berbuat demikian. sehinggalah malam ini, 12 februari 2015, tok guru telah dipanggil untuk menghadap sang Pencipta, dan sekaligus niat ku akhirnya hanya tinggal sejarah. tenang-tenang lah di sana duhai sang murabbi. al fatihah
Puisi buat tok guru
tenang lah di sana duhai sang murabbi
pergimu menghadap Ilahi
pergimu pasti tidak akan kembali
dan pasti akan diratapi
dunia sudah cukup melelahkan
kisah perjalananmu bakal menjadi lipatan sejarah
setiap amanat dan kata-kata nasihatmu akan menjadi azimat
menjadi pegangan dan pembakar semangat
buat mereka yang mencari dan mengerti
bahawa dalam perjuangan, perlukan istiqamah
panjang perjuanganmu
banyak dugaanmu
sabar dijiwamu
tegas prinsipmu
senyum dibibirmu
sederhana perwatakanmu
semuanya akan diingati
oleh setiap yang memilik hati
di bumi ini
bermula malam ini..
al-fatihah..
enj
feb 13th 2015
Hello 2015!.
Malam itu..
Barangkali sudah kehilangan ayat terbaek, bagi merungkai setiap peristiwa yang berlaku. barangkali juga, kita ingin lari dari kehidupan kota, dan terjelupuk lesu di pantai yang pasirnya putih, menganjur dari teluk ke muara, merasakan angin menyapa lembut pipi kita, bahang laut mencium ubun2 kepala, merasa keperitannya, namun dalam penuh nikmat, kita merasa sedikit bebas dan tenang. maafkan aku pasir yang puteh kerna sanggup menanggung beban beratnya badanku menindih kamu, maafkan aku angin malam kerana berusaha memeluk tubuhku dengan penuh kesegaran, maafkan aku bintang-bintang kerana membenarkan mataku menikmati keindahanmu pada malam ini, seolah menonton tayangn realiti, kamu berkelipan di atas sana, sesekali hilang dan muncul kembali, seolah malu berlama-lama untukku tatap. muzikku desiran ombak yang mengalunkan irama jazz, bergema dalam laungan telinga...sempurna malamku..
coretan dari p.d
en.nal.jinnal
Ramadhan 1435H
Salam Ramadhan 1435 hijrihi
kali ini hadir tanpa ibu di sisi
pergi mengadap Ilahi
pada tanggal disember yang sepi
Ramadhan kali ini
kulalui dengan penuh rendah diri
menginsafi setiap khilaf di hati
serta khilaf perbuatan diri sendiri
ku mohon ampun dari Mu Ilahi
di atas setiap dosa diri sendiri
dosa kedua ibubapaku yang ku cintai
dosa ahli keluargaku yang dirindui
dosa memanisku dan keluarganya yang ku hormati
dan ku pinta dari Mu Ilahi
agar diperkenankan setiap doa dan permintaanku ini
agar diberi istiqamah dalam perjuangan hidup ini
dalam mencapai darjat tertinggi di sisiMu nanti
ameen ya Rabbal - alameen..
MIMPI
Semalam ku bermimpi indah
hujan turun (naik) dari bumi ke langit
perempuan bersampan kerana tanah di banjiri air
ikan-ikan kecil berwarna-warni
hadir dari kelopak-kelopak bunga
semuanya ibarat nyata
indah sekali
namun hadirnya hanya dalam mimpi
tapi aku gembira sekali..
Satu Hari Yg Bosan Dan Tenang..
01/05/2007

2 hari lepas, hp aku tak berbunyi langsung..aku ingat takde line ke, battery flat ke, salah letak ke kan.. hmm.. langsung takder sms masuk, takder kol masuk.. mcam pelik jer ari tuh..macam ada satu konspirasi besar-besaran untuk me'morale-down' kan aku ari tuh.. hahaha.. tapi, seriyes, time tuh, aku rasa sgt bosan but yet rasa sangat bagus.. mana pergi sahabat2ku time tuh ar..sahabat yg dok dekat2 tak kira lah..neh yg dok jejauh neh..huhu.. cuma yg sangat terkejut, sebelum aku masuk tido, baru lah berbunyi hp aku.. tu pun sms dari orang yg memang aku tak jangka akan sms lar.. sms ucap gnite.. huhuh.. member aku minat giler kat awek neh..haha.. *adeih.. kesimpulannya, perjalanan hidup seharian adalah tak terjangka, walaupun kita rasa kita telah merancang segala-galanya ngan begitu sempurna, tapi rupanya kejutan yg terbaik akan berlaku bila kita telah melepaskan segala-galanya.. hahahaha. *wink.. contohnya, sms dari awek tadi ar.. hehe..
-hpku yg terchenta...bila ada kredit la..-tp yg peliknya, pagi esok nya pulak, berderet pulak sms masuk hp.. wish gmorning la, suh posa la..huhu..ajaib2.naper ek..?? bgn pagi2 dah rasa pelik da.. huhuhu..
hari ni pulak, aku cam takder mood..kerja takder nak dibuat..cuma nak wat renovate umah hairi jer..tu pun tak pk agi camner konsep nak propose kat dia.. kaler bilik cik aini pun aku tak pk agi..aku bukan expertise in color..tp since dia minta tolong, aku bleyh jer bg cadangan based on id perspective.. tp tuh ar, aku tak leh nak pk ngan betul lg skrg neh..huhu.. * i miss the way she laugh... hmm..camner ek, gelak sambil tutup mulut..hehe.. *adeih.. anyway, she'll doing just fine with or without me around.. hmm..
-bukan kad yg kuhantar..hehe..tp still kad raya gak.. salam lebaran-hmmm..anyway, nampaknya kad2 raya yg kuhantar ari tuh, suda sampai kat org2 yg bg alamat ari tuh dah.. heheh..best la.. ari ni, aku suh org post kan kad raya tuk kak long, saper suh bg alamat lambat..huhuhu... mesti sampai next wik ni kan.. ada rezeki dapat ar tuh.. hehe
mukaku still rasa sakit..huuhuh...ni kes kena rembat ari tuh ar neh..mata pun dah ada parut da sekarang..adeih..seb baik kecik jer parut tuh atas kelopak mata..xder ar org perasan sgt.. tp seriyes, pening gak ar kepla aku kena bola ari tuh..laju seyh..
hahhh...!! ok lah.. sambung ari lain pulak.. next week da nak balik raya.. hmm...
selamat la apa pun yg patut utk korang yg baca neh..
salam..kemaafan..
andai
pasti habis semua warna kugunakan
kerna keindahannya terlalu asyik untukku kagumi
dan menjadi kesempurnaan di sebalik erti sebuah senyuman
Prolog
"From now on, u have to take a very good care about your health..no more smoking and pls do not get yourself into trouble..thinking hard can effect your brain, and i don't want u to think a lot,OK."
"Doc ..., how much longer can i live?"
"...,saya tak ada kuasa untuk menentukan kehidupan kamu..Tapi, selagi kamu teruskan cara hidup yang sihat, hidup dengan gembira..hmm...maybe u can last more than 5 years.."
"Tapi, jika Tuhan masih mengizinkan kamu untuk terus hidup, bersyukurlah.."
..pause..
"hmm..... bagaimana dengan ibubapa kamu? mereka dah tahu perkembangan terkini tentang diri kamu atau belum?"
"Belum lagi doc ...'mereka sedang menunaikan ibadat haji di Mekah, nanti saya akan call untuk maklumkan mereka."
"hmm.baguslah,jangan sesekali membelakangi mereka dalam apa jua urusan kamu,ya."
"Baiklah doc,terima kasih."
"Bila kamu nak balik ke Penang?"
"Malam ini doc,bas jam 9."
"Kirim salam kat awek awak tau!"
"ha..ha..ha, ok no problem", pandai doc ni nak bergurau ngan aku yer bisik aku dalam hati. hehe
..pause..
"awek...?" owhhh...
Bahagian satu
"Nal..! main bola jom!" laung Din,sahabat baik aku dari bawah hostel. Suaranya yang nyaring jelas kedengaran malah mungkin turut sampai ke telinga pelajar-pelajar aspuri yang tengah menyantap di dewan makan. "yer laa, ko pergi laa dulu!" aku sekadar membalas dengan acuh tak acuh sambil mata terus melihat ke dalam dewan makan. heh.tu dia. pakai tudung kaler putih.. cantheknya dia..ucapku dalam hati.."hoit,bukan dapat kat ko laa.." jerit Din lagi.. "ah! sial lu.." Tak pasal-pasal kantoi pulak aku tengah tengok siapa kat dalam dewan makan nanti. "Hahaha.." bergema ketawa kami sampai semua pelajar yang sedang makan menoleh ke arah kami..
"giler ar lu, nasib baik dia tak perasan tadi,kalau tak, tak pasal-pasal keluar gosip liar pulak,""haha, keluar gosip je,bukannya ko couple betul-betul ngan dia pun! Tapi kan, aku rasa, apa salahnya ko couple dengan dia aa? Padan jer aku tengok ko dengan dia.."
Tersenyum aku sendiri bila teringat kembali perbualan aku dengan teman baik aku sewaktu di sekolah berasrama dulu. 'Azreen' cantik namanya, secantik orangnya. ramai yang gilakan dia dulu termasuklah aku..haha.. sekarang dengar cerita dah kahwin awal tahun dulu 2005.. dah ada anak kot.. huhh.. awal betul ko kawin Reen.ko cakap nak tunggu aku..
"aku akan tunggu sampai ko balik oversea ya Nal," ujar reen sewaktu aku menyatakan yang aku akan ke oversea atas urusan kesihatan. Janji..huh.. aku berpegang pada kata-kata itu sampai gadis mat saleh pun aku tak jeling.. tapi, bila balik ke tanah air.. tup tup, dia dah ada pakwe baru.. anak orang kaya.. pakai satria GTi.. tak sampai setahun pun aku pegi sana.. fuhh.. nasib baik laa masa tu kitorang baru nak kenal hati budi.. Tuhan dah tunjukkan dulu..Terserempak ngan dia sewaktu merayau-rayau bersama nik di shopping mall.. siap peluk pinggang lagi beb.. Din yang tak tahu yang aku ada affair dengan azreen terus menarik aku ke arah mereka.. "feewwiitt, weyhh kak Reen..dua orang jer? anak mana?" "hahaha,"terus kami berdua gelak..rasa macam nak pecah perut pun ada.. rasa kecewa pun ada. Reen yg mula-mula kelihatan terkejut bertambah terkejut bila melihat aku ada disebelah Din. Saat tuh, aku terus menarik tangan Din menuju ke tempat lain. Huhh..janji perempuan..
Sejak dari tu, aku dah malas nak menaruh hati pada Reen lagi walaupun dia cuba nak tegur aku balik..of cos laa aku balas kan, dah dia tegur..kan tak balas karang..apa pulak kata orang.. we're still fren, until now.. majlis kawin dia pun aku ada pergi apa.. haha.. Minat kat perempuan lain? tak tahu laa..aku pun macam tak ambik peduli sangat pasal perempuan kat sekolah dulu.. tak ada laa sampai nak pegi skodeng aspuri ke or menyakat diorang yang baru balik dari surau ke.. aku tak jahat laa.. cuma nakal je kot..aku ngan Din memang nakal.. tapi kami baik ngan guru-guru aa..hisap rokok pun tak kantoi..ok jerk..! Hahahah... aku pun malas dah nak fikir pasal couple2 nih.. SPM dah dekat wor...
"encik, masa untuk makan ubat," "okay nurse."ujarku sambil mata tak lepas memandang pohon hijau yang berada di sebelah padang sana.. hidup yang indah...
Bahagian dua
"Masa untuk menjawab soalan hanya tinggal 15 minit sahaja lagi, pelajar tidak dibenarkan untuk keluar dari dewan peperiksaan sehingga tempoh waktu itu tamat." aku menoleh kiri dan kanan takut-takut hanya tinggal aku sorang je dalam dewan tuh. fuhh..semua tak keluar lagi rupanya. mungkin sebab ini hari terakhir peperiksaan SPM bagi tahun 1999..hmm.mesti ada laa yang buat drama pasnih..peluk cium laa.. menangis sampai meleleh-leleh air hidung..ish..habis sekolah je pun,bukan tinggalkan dunia.. apa laa..aku mengomel sendiri dalam hati.. tiba-tiba..
"Nal.." Din membisikkan nama aku..dia yang dok sebelah meja aku kelihatan pucat. aku yang dah faham keadaaan dia terus meletakkan kertas jawapan aku di tepi meja. haha.. apa salahnya kan..bukan selalu ambil SPM..
"hey Nal, thanks!" ujar Din sambil tersenyum lebar. "lepas nih ko nak pegi mana? aku belanja,ok!"
"Okayh! aku terasa nak makan kat KFC laa.." ujarku ikhlas.. "boleyh, no hal punyo!" cheh..confident giler mamat nih cakap sambil mengajuk loghat nogori..nasib baik laa family ko kaya aa.
"Bagi dua set no 3 ok, hot and spicy, thanks" "oh,makan sini," "lagi, ko nak makan apa Nal?" tanya Din yang sibuk memesan makanan. "bagi aku french fries ya, besar punya..dua,oh tambah bla..bla..bla.. okayh!" tersenyum gadis cashier tuh sambil nik mengerling tengok aku..hahaha..."alar, kalau tak habis,kita bungkus jer laa."
"Eh,manisnya awek tu..tengok dia senyum, nampak lesung pipit nya..ish..ish.." Din memberitahu ku "mana?" "tuh," jawab Din sambil memuncungkan mulutnya ke arah sekumpulan gadis yang sedang bergelak ketawa sesama mereka. "yang rambut ikat ke belakang tuh," jelas Din sambil memandang aku yang asyik mencari yang mana satu gadis yang dia maksudkan. "yer laa..canthek!" pujiku jujur seraya menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Din. Tiba-tiba gadis tersebut memandang kami berdua dengan hairan buat seketika dan terus mencebikkan bibir dan memandang ke arah lain.."aiyaaa, ayam sakit rupanya!" terkeluar ayat tersebut dari mulutku dan kami berdua ketawa bagai nak rak.
indahnya saat itu..sekarang, Din masih berada di luar negeri, menyambung pelajarannya ke peringkat master. Rasanya, tinggal setahun setengah lagi kot.. ko mesti rindukan aku yer Din.. :)
"Nal,waktu untuk makan ubat" jururawat manis itu memanggil dengan nama panggilanku setelah aku melarang dia memanggil aku dengan panggilan enchek.. giler ke apa, umur nak sama, tapi panggi aku enchek..'dah tua sangat kot muka aku nih..?' haihhh...gumam aku sendiri dalam hati.
"Nurse, lepas makan, boleh tolong bawak saya keluar tak? saya dah boring asyik tengok ceiling je ni," pinta aku kepada nurse manis tu sambil membuat muka yang paling sedih sekali. "Maaf encik Nal, doktor dah larang saya bawak encik keluar, dia risau encik akan cuba melarikan diri dari hospital lagi," jawab nurse manis tersebut sambil membetulkan bantal tidurku. "Oh ye ke, sekejap pun tak boleh ke nurse, saya teringin nak rasa bahang matahari kat luar, dok kat dalam ni asyik rasa aircond je." "anyway, tolong jangan lagi panggil saya encik boleh tak? kan dah pesan hari tu,bunyi macam kelakar pulak." "haha.." nurse manis tu gelak sendiri. "Baiklah Nal, nanti saya cuba tanyakan doktor pasal permintaan Nal ok." "Jangan bimbang, kalau saya ada, sure doktor bagi kan." sambung nurse manis itu sambil mengeyitkan mata. "Anyway, Nal boleh panggil saya Ain,nanti kalau ada apa-apa lagi, Nal tekan butang yang dekat sebelah katil tu ok! Saya akan datang secepat mungkin," terang Ain panjang lebar.
"Ok Ain, no problemo sayang,"
Tersipu-sipu Ain bila dengar perkataan sayang dari aku, "Ok lah Nal, Ain ke sana dulu ok," jawab Ain sambil menunjukkan ke katil sebelah. "Ok!" ujarku sambil membuat isyarat ok melalui tangan.
Ain, nurse yang baru bertugas di wad aku. Manis orangnya, memakai spek dan berlesung pipit. Rambut panjangnya diikat kemas ke belakang dan kelihatan sedikit perang bila tekena cahaya. Petah berkata-kata dan sangat baik dengan semua orang. Kulitnya agak cerah dan kadang-kadang kelihatan seperti orang Cina, selalu melayan aku dengan baik, dan aku menganggap layanannya itu hanyalah sekadar layanan seorang profesional dengan kerja, dan barangkali mungkin juga disebabkan hayat ku yang tak lama kot..aku mengomel sendiri sambil memandang sosok tubuh Ain sedang membetul-betulkan wayar yang bersambung ke lengan pesakit sebelah. Oh, aku suka melihat senyuman dia..seperti melihat kembali sejarah lampau zaman sekolah..senyuman Reen..
Kuambil laptop yang memang tersedia di sebelah katilku, dan ku mula menulis..
Hidup adalah anugerah
Kertasnya putih
Tintanya berwarna
Sekarang terserah
bagaimana corak kehidupan
yang mahu dilakar
untuk menjadi karya agung
sebuah kehidupan
Usai menulis rangkap pertama, aku termenung sekejap..sambil menghela nafas sedalam mungkin, penulisan ku sambung kembali..
Namun kertasnya ada had
tidak semua mampu dicorakkan
sehingga sampai ketika
kertasnya bakal hancur
dan mulai sirna
dan kita pun kembali..
bersendiri..
Dan aku meletakkan laptop aku kembali ke sisi, sambil memandang ke luar tingkap..melihat hijaunya padang, rimbunnya pokok..dan perlahan-lahan ingatan kembali ke suatu masa di mana, kaki ini bergerak lincah menggelecek beberapa pemain, di atas padang, namun semuanya hanyalah sekadar memori sekarang..
"aku..aku rindukan zaman itu.."
..pause..
hello world
me sitting in front of my new-buy lappy , lenovo (cewahh, first time ada lappy tau)
considering writing a new novel (maybe perhaps, from my previous blog) , to write about life fiction,
love, death etc.. i don't know.
but i need to finish it.
my own novel.
my own story
cliche maybe
but from my own perspective
yes..
a novel..
Ramadhan kali ini
Siapakah gadis manis bertag media itu?
B[3.0]R51H @ BERSIH 3.0 - SUCCESS!! YEAY!
suara hati
email from Deborah Gill

Dear Tali Kasut,
Deborah Gill,
Senior Public Relations Specialist,
My Facebook: http://www.facebook.com/profile.php?id=100003127731389
Jiteco, Inc
syarat pertama
Sampaikan..Duhai Angin
Tuhankugubah coretan ini
dan ingin sekali kusampaikan kepadanya
melalui utusanmu si angin
seiring doa dan restuMU
terdetiklah di hatinya
hasrat kalbu buat joned
yang hatiku telah tersentuh
dengan kelembutan ayu senyumannya
tulus ketawanya
bijak akalnya
moga dapat membentuk aku kembali
mengejar cahayaMu
dan dapat kubimbing dia
menjadi hambaMu yg terindah..
bantulah aku Tuhan..
andai permintaan aku ini bisa melukakan hamba yg lain
jalanilah aku kepada jalan asa nya
kerna aku tidak betah melukakan
tetapi telah terkesan akan ditinggalkan..
Andai Terjemahkan

andai terjemahkan
ketawa bertulis hahahaha
dan berjarak berpuluh marhalah
andai bisa diterjemahkan
dengan sempurna oleh mereka yg di sana
hanyalah sekadar riang tawa hati
yg sebenarnya makin menipis
usai terbuai oleh senyuman
Jika kamu ngerti
tentang gelodak dan kacaunya jiwa ini
pasti tiada gelak tawa
yg ada cuma sepasang tangan
yg kamu hulurkan
untuk aku capai
dan kembali menarikku dari kehitaman ini...
Maafkan aku Joned
Maafkan aku Joned
Maafkan aku Joned
lama aku perhatikan sampai wujudnya perasaan
perlahan-lahan terbuai, hanyut dan tenggelam dalam khayalan
merentasi ibukota cinta veneto
yang gah dengan senibina Renaissancenya
kita berpimpin tangan
meneliti setiap inci keindahan seni ukiran arkitektur Byzantine
mengukir setiap momen terindah di hadapan St. Mark’s Basilica
dan melalui kawasan yg dipenuhi merpati putih St. Mark Square
Namun Joned, ukiran senyum di wajahmu mengatasi segalanya
Maafkan aku Joned
aku hanyut terbuai dengan tiupan angin selatan
yg sepoi-sepoi mengusap dan membelai lembut wajahmu
saat kita merentasi Grand Canal, dan menyusuri bangunan-bangunan indah
di dalam sebuah bot yang dipanggil gondola
tahukah kamu Joned,
beratus-ratus pasangan melafazkan ikrar cinta mereka
sepanjang pelayaran yg sama..
semoga Tuhan memberkati percintaan mereka
Maafkan aku Joned,
aku telah hanyut jauh ke dasar kota cinta
ibukota yang menjadi impianku sejak sekian lama
ingin sekali aku mahu membawa kamu melawat
The Campanile di San Marco yg terkenal dgn keunikkan seninya
atau menikmati seni teater di Teatro La Fenice yg pernah terbakar satu waktu dahulu
mahupun sekadar menikmati minum petang di Riva degli Schiavoni
yg terletak di waterfront, St. Mark's Basin
ditemani sejambak bunga ros merah
yang terletak indah di ribamu..
sambil melihat telatah dan karenah penduduk di sana
buat kali kedua ku melihat senyuman manis terukir di wajahmu..
Maafkan aku Joned
walaupun dikhayalkan dengan setiap inci keindahan kota cinta ini
kamu tetap yang terindah buat ku..
aku tali kasut ku..
Empirisisme Chenta si tali kasut
Empirisisme cinta
detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.
anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~
hikayatku
- tali kasut
- hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..















