Karamah di Bumi Gaza

Karamah-karamah di Bumi Gaza





Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut.Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah.Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada Ustaz Abdul Halim (IniJalanku) :


1.Mujahidin, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel.Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka.Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.


2.Ketika para Mujahidin bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahidin dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel).Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4.Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket.Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5.Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta.Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8.Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja).Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahidin masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih.Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS. "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..