ibu melihat kedewasaanmu
duhai anak
(dedikasi puisi untuk ibuku)
duhai anak,
ibu melihat kedewasaanmu
sebagai tanda bukti,
benih terakhir
pewaris yg dikurniakan oleh Zat yg Maha Agong
tanda cinta ibu kepada si suami tercinta
duhai anak,
ibu melihat kedewasaanmu
dari engkau sebesar telapak tangan
sehingga menjadi seseorang
dari yang tiada dan kosong
menjadi ada dan berisi
duhai anak
ibu melihat kedewasaanmu
dan hati ibu tidak pernah tenteram
jiwa ibu sentiasa kacau
di tikar sejadah ibu bermohon
moga dijauhkan sebarang keburukan
dijauhkan sebarang kesulitan
dipermudahkan segala urusan
buat anak-anak ibu yang jauh di rantauan
duhai anak
senyumanmu ibarat penawar sakit pening ibu
kepulanganmu ibarat penawar rindu dendam ibu
peluk ciummu melepas segala seksa batin penantian ibu
dan tinggallah sekejap untuk mendampingi ibu
di hari-hari tua ibu
duhai anak
andai masa ibu telah sampai
jangan pernah mengeluarkan air dari matamu yg cantik
jangan pernah merintih dengan menggunakan suara dari bibirmu yg mulus
kerna ibu amatlah lemah
kerna ibu amatlah lemah
dan kerna ibu amatlah lemah
tiadalah tertanggung roh ibu melilhat airmata itu nanti
tiadalah tertahan mendengar sayup suaramu
tiadalah tenang perjalanan ibu
menuju ke tempat pengabadian yg telah tersurat..
jinan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku tali kasut ku..
Empirisisme Chenta si tali kasut
Empirisisme cinta
detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.
anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~
hikayatku
- tali kasut
- hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..
No comments:
Post a Comment