Cerita dari Imam

aku menyalin dari blog : malayakita


Bukit Gantang- Imam jawab ‘isu rampas kuasa’ dakwaan zambry di Masjid Simpan

TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.
Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping.

Punca isu : LINK

Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini.
Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan TS Muhyiddin Yassin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada anak pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan anak meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.

Terkejut lalu dia terus menyerahkan ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat “wa’tasimu” (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik kata mereka. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin. DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon Ismal Safian.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu…sahabat saya menambah…lepas ni mungkin kena pecat le ana…katanya menamatkan bualan.
Kesimpulan :
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita bohong Zamri . Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

kecoh biter hairan ulas isu ni. nah skrg, imam sendiri yg bg tau citer sebenar..
kalau la imam tu tak bitau...agak nya terus kecoh laa yer..
misteri2...
saspen2...

dipetik dan aku memetik, bukan mengkritik..

dipetik dari satu blog penyokong fanatik kerajaan Berat Nanang yg memetik dari Kerajaan Rakyat.com

Senarai berikut mungkin tidak lengkap, tetapi memadai untuk kita menilai - andainya Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka sejarah akan terukir:

1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.

2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”

3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Monggolia.

4. Perdana Menteri perdana yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood dihadapan orang ramai.

5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.

6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.

7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuh sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.

8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Monggolia yang kemudiannya mati dibunuh.

9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.

10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.

Sambungan kepada senarai di atas saya serahkan kepada RAKYAT Malaysia lainnya untuk meneruskan.

ULASAN (dari bloggers terbabit);

Blog Kerajaan rakyat.com ni bukan blogg free. Sudah tentu tuan amputnya blog adalah DSAI. mesti dia punyalah. Duit dia lah. dia tak buat, dia upah orang saja..mangkok yang kelapak duit dari zionis ini pun buatlah blog ini, Satu hal lagi sudah tentu mereka adalah dari kumpulan ajaran sesat, kalau dari kaum sunnah wal jamaah, sudah tentu mereka tidak sanggup bersekutu dengan puak-puak dajjal , yakjud makjud ini..

hehe, apesal tak jawab apa yg tertulis kat atas tuh?
apesal tetiba serang anwar ibrahim?
kenapa? kenapa?
tim kai? tim kai?
hahaha, habis kluar, zionis lah, puak dajjal la, yakjud makjud la..hahahha.. badigol ni dr planet mana? hahaha..huhuhuh..hihihihi
misteri2...
saspen2...


btw, blog aku pun x free...tetiap bulan kena bayar bil..huhuhu


anyway, aku tanak buh link blog dia kat sini, nnti glemer plak blog dia, kang cepat pulak hidung dia tinggi tgk org ramai lawat blog dia..besa lar..org2 umno ni cepat tinggi hidung diorang.. katanya, dia buat blog untuk menangkis segala 'tohmahan' yg kluar dari blog2 pembangkang kerajaan.. hahaha
takyah la weyh... BLOG rasmi korang dah bersepah kat kedai2 nun... asek2 tak habis je aku tgk..

chit, ptuihh..

BN guna pendekatan mesra rakyat

Berita Hairan: Kempen BN guna pendekatan mesra rakyat

TAIPING: Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Beliau berkata pada pilihan raya kecil itu, BN turut menunaikan permintaan pengundi yang mahukan calon anak tempatan.

hahahahaha 'mesra rakyat'?? olololol...dari dulu lagi mesra rakyat... dari aku kecik sampai la aku besor selalu mesra rakyat..time pilihanraya, ada je jalan baru kat kg aku. kain batik pun sampai..sangat mesra cara pemberian nya..
pilihanraya dulu pun, setiap ahli keluarga aku dapat surat mesra dari PM.. sangat mesra sekali penulisan nya.. bukan nya untuk satu rumah, tp setiap ahli rumah dapat satu surat beb...huhuhu..banyak tuh setem nak kena tampal.. mesra betul..
saper cakap bn tak mesra rakyat aa???? saper cakap?? hahahha
mesra weyh~!!
bani angkat ketiak aa lau cakap bn tak mesra rakyat...
cuma kekadang samseng jer sket2 kot..hehhe
alala, geng2 topi merah kan ada..
sembur air tuh besa laa..nak bg basah sket time berkumpul ramai2 tengah panas..
pembangunan tak sekata tuh besa la..
hahaha
mesra2..misteri2..
saspen2~..

GEMPAQ!! Nizar Imamkan Solat Pemimpin UMNO

Mutakhir : panas dari de' anje online

Cerita gembaq rupernyer... Berita hairan tetiba cuba menyeleweng fakta,dato seri nizar dikatakan rampas majlis di masjid simpang awal mlm td.

Hehehe...

aku dah tgk schedule dato seri 2 hari lepas, mmg dato seri ade majlis kt situ...

Hampeh berita hairan online ni...

Cerita sebenaqnya, majlis tu memang majlis Dato Seri Nizar, clash ng Majlis depa kat Masjid Simpang...

Memang betui depa mai dulu, Dato Seri sampai ja teriuh duduk, mai kat imam masjid tu jumpa dato seri dan offer untuk jadi imam... tanpa banyak cakap Dato Seri teriuh jer mengimamkan solat maghrib tu... sebelum tu imam duk umum yang kat orang ramai sapa lagi yang ada masa solat tu...

adalah 3 orang besaq pembangkang(BN) duk belakang dato seri tuk solat sama...

lepaih solat tu, imam pulak umum nak bagi dato seri nizar taskirah barang 2 minit... tapi dihalang oleh jawatan kuasa masjid...

tu yang sebenaq yang terjadi...

hampa adjust la fahaman hangpa...
asai yang betui jadi fakta...
yang tak betui jadi auta...

Calon BN, Ismail Safian, Muhyidin Yassin dan MB haram…Zamry Kadir... huhuhuhu

misteri2..
saspen2...

Bukit Gantang yang popular

Bukit Gantang yang popular

kira-kira 20-30 ribu (sila baca 2500) penyokong PR hadir

Hari ini, proses penamaan calon Bukit Gantang telah berlangsung.
Kawasan penyokong PR amat meriah dengan semangat 20 ribu (sila baca 2500 org) penyokong pelbagai kaum berbanding hanya kira-kira 7 ribu ( sila baca 30 ribu) penyokong BN. Iringan muzik tradisional kaum India oleh pasukan Kelab penyokong PAS menambah keceriaan pagi ini.


Calon PAS, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di padang pada jam 8.45 pagi dan masuk ke dewan pada jam 9.05 pagi untuk menyerahkan borang penamaan calon. Pengerusi SPR, Dato' Abdul Aziz Mohd Yusof turut berada di dalam dewan. Timbalan

Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Naib Presiden Dato' Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN Ismail Safian tiba di pusat penamaan calon ini pada jam 9.10 pagi.
Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba pada jam 9.20 pagi dengan beberapa orang penyokong dan masuk ke dewan seketika kemudian.


sumber :
jeritan minda politik malaysia

PRK P059 Bukit Gantang - Calon Bebas

Kamarulmizu telah mendaftar sebagai calon bebas... teman telah mendapat sumber ini sejak beberapa minggu yang lepas... namun disebabkan mencari pengesahan teman tak publish news ini... sedikit sahaja info yang teman tahu pasai calon bebas ini... tapi menurut informer teman tu, belaiu merupakan ayahanda dalam organisasi PEKIDA... ayahanda parit... tujuan mencalonkan diri... beliau ingin memecahkan undi bangsa melayu... teman cuma boleh infokan sahaja... tiada komen yang lebih-lebih...
sumber :
de' anje online

Pemecah Berita
Laporan daripada lapangan penamaan tadi... Terjumpa lah dengan seorang makcik, dia kabo dia datang dari batu hampor... Ate ditanyer dia datang penamaan calon ker...??? Bukan katernyer... "Makcik datang nih jumpa anak makcik... Dia sekang dalam PLKN Ulu Kenas... Dia tepon semalam kater dia kene pergi ker Taiping... Deme dapat duit RM200 sorang untuk ke mari... Rupernyer suruh datang ke penamaan calon... Untuk penuhkan penyokong BN" hehehehe...
sumber :
de' anje online

Sila Klik Link Untuk Maklumat lebih Terkini dan terima kasih kepada de' anje online dan jeritan minda politik malaysia

Ulasan dari empayar chenta

my little oven



sample cakes ngan cupcakes

my little oven adalah salah satu gedung cupcakes dan cakes diasaskan oleh member aku jugak. sekarang ramai betul org jual cakes secara online ek. tapi tak kisah lah. kalau nak try cupcakes yg disediakan dengan pelbagai corak menarik, sesuai untuk budak2 dan mak budak serta bapak budak, boleh la mencuba menempah secara terus kepada tuan punya blog.


pelbagai corak menarik

'love'

sebarang maklumat lanjut, boleh di dapati dari laman blog tersebut, seperti, cara order, syarat, harga dll.


pelbagai corak yg boleh anda pilih, mebi leh custom gak kot. pape hal, just browse the blog, ok!!

selamat menempah!!

Ulasan dari empayar chenta


Treats for friends adalah laman blog yang menyediakan perkhidmatan menjual muffins dan cupcakes secara online. Pengasasnya adalah kenalan-kenalan aku yg aku kenal melalui dunia maya dan masih bekerja secara tetap.


Laman blog ini menyediakan pelbagai juadah muffins yg sangat sedap dan dalam harga yang mampu milik.

semua keterangan mengenainya boleh diperolehi dari laman blog tersebut (treat for friends)

DAN YANG PALING BEST ... IT'S FREEEEEE DELIVERY!!!! So, yg dok jauh2 tuh, seperti student luar negara ke, Pahang ke, Johor ke, jangan segan silu menempah banyak2 ok!!

Selamat menempah!!

Tun Mahathir sahkan akan sertai semula Umno

Mutakhir

yeay~yeay~ aku dapat dok tengah lagik~

Tun Mahathir sahkan akan sertai semula Umno (http://mstar.com.my/) Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri hari terakhir perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini. Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai 'selepas beberapa perkembangan'. "Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan," katanya

heheehe che det masuk umno balik. dulu dah kluar, skrg sedang berkira-kira dgn penimbang atau dacing untuk join team dacing balik.
ahahahhaha
"Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu."
ololololo, tak sampai setahun bercerai... skrg dah nak rujuk balik.. ekekkee
sekarang dah mula percaya balik kah?? hehehehhe
apa kata rakyat marhaen?? parti dacing sudah boleh dipercayai balik kah?? heheheheh
apa kata akhbar2 luar, bakal pemimpin paling seksi negara en Malaysia boleh dipercayai kah?? heheheh

misteri2~
saspen2~

Lawak dari Korea TImes la pulak


Hiburan kartun hantu dari Korea Times online

hehehe... dr perancis..ke britain..langsung ke korea.. mebi aku yg sajer letak ikut urutan kot~
huhuhu
misteri2~
saspen2~

Karamah di Bumi Gaza

Karamah-karamah di Bumi Gaza





Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut.Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah.Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada Ustaz Abdul Halim (IniJalanku) :


1.Mujahidin, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel.Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka.Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.


2.Ketika para Mujahidin bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahidin dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel).Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4.Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket.Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5.Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta.Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8.Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja).Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahidin masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih.Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS. "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52).

Apa Yg Media TB Tertinggal Nak Lapor

Sekitar Kemenangan Kuak Jolok

Di bawah ni anak saya copy and paste dari live blog itu:
11:24
fauziahismail: OFFICIAL RESULT: KHAIRY JAMALUDDIN is new Pemuda chief

11:24
fauziahismail: He polled 304 votes

11:25
shuhadaelis: thunderous applause filled the hall after KJ was announced as umno youth head

11:26
shuhadaelis: supporters are singing and jumping while some are hugging each other

11:26
fauziahismail: KJ addressing the crowd

11:27
shuhadaelis: mukhriz supporters shouting rasuah and KJ supporters are getting angry

11:28
shuhadaelis: its quite scary down here

11:30
fauziahismail: KJ thanked UMNO Youth for giving him the opportunity to lead

11:31
fauziahismail: KJ said his win not a majority

11:31
shuhadaelis: the crowd is uncontrollable. A fight is likely to break out between supporters but KJ supporters choose to leave the hall

11:31
fauziahismail: calling for members to close ranks

11:31
shuhadaelis: theyre singing Allah selamatkan KJ

11:32
fauziahismail: appealed to supporters of Khir Toyo and Mukhriz Mahathir to work together with him

11:33
shuhadaelis: mukhriz supporters are not satisfied. They are still making noise

11:35
shuhadaelis: KJ supporters are advising each other not to get into trouble

11:36
shuhadaelis: mukhriz supporters refused to budge

11:39
fauziahismail: KJ overwhelmed by the trust given to him in leading the movement

11:40
shuhadaelis: KJ supporters are slowly leaving the hall but some are turning back when they heard shoutings from mukhriz supporters

11:41
shuhadaelis: mukhriz supporters are yelling KJ rasuah again
Satu hari, mungkin jadi berguna laporan-laporan di bawah:
Kemenangan Khairy ini, yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pertanding Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz.

Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.

Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka (Malaysiakini 25/3/09)

Angry Mukhriz and Khir supporters continued shouting outside the hall where Khairy was giving his acceptance speech and wrapping up proceedings of the Umno Youth general assembly.

Rival supporters had a minor scuffle and police were called in to form a human chain to separate them (The Nut Graph 25/3/09)

In the wake of the announcement, a group of about 200 Mukhriz supporters held an impromtu rally at about 11.30pm to protest against the surprise election results.

"Khairy, rasuah (corruption)," they shouted, venting their frustration.

They were later joined by about 200 Khairy supporters and both sides began taunting each other.

As the crowd grew unruly, police were called in to form a human barrier to keep the two groups apart (Malaysiakini 25/3/09)
Berani rasuah, berani rebah!!

dipetik dari blog penarik beca yg dipetik terus dari blog NST live
hhahahaha.
"rasuah-rasuah"
"menang-menang"
misteri2~
saspen2~
hehe

Siapa Pencemar Nama Baik en Malaysia

Siapa Pencemar Nama Baik en Malaysia


Cerita dari luar, akhbar dari luar, propaganda dari luar, bercerita mengenai bakal pm kecintaan sumer a.k.a model paling jelita en Malaysia.
kini, selepas akhbar perancis membuat onar mengeluarkan berita panas pasal sebutir bom yg meletup bersama sama model kacak yg dikhabarkan tidak pernah keluar tuk makan malam ngan model jelita, kini keluar pulak ulasan yg sama di akhbar times online~
adakah propaganda ini akan berterusan~
misteri~
misteri~
saspen~saspen~

Sekitar Pemilihan Agung Model Paling Seksi UMNO

Sekitar Pemilihan Agung Model Paling Seksi UMNO




Set 1
Akhirnya, model si cantik manis rafidah terpaksa tewas kali ini. Mebi kali ini tak perlu buat drama airmata seperti menangis teresak2 memohon agar ketua model sebelum ini tidak melepaskan jawatanya (petikan dari filem PAU lama). Dan muncul model baru yg takde la baru dari segi populariti dan compared dgn model si cantik manis rafidah, dan dgn ucapan berkobar-kobar seperti nak telan sume semut api dalam set panggung muvie itu, model baru ini dgn penuh helah dan licik mengajak model si cantik manis rafidah agar jgn menangis teresak2 lagi dalam bilek air sbb kalah, tp, marilah bersama dgn dia utk mengumpul seberapa byk tender2 filem dan terus menjadi pelakon2 terkemuka bersama2~

di sudut set lain, penonton set kecoh, ketua yg menjaga hal ehwal penyapu telah hilang!! namanya telah diumumkan,mana perginya? misteri2..

Kejayaan Kuak Jolok mengenepikan M&M menjadi buah mulut. kenapa oh kenapa? Kuak Jolok bukanlah org yg paling byk mendapat pencalonan dan undi sms sebelum ini. Kenapa oh kenapa lagi? Anggota semut2 api M&M sudah membuat bising. masing-masing bergocoh mulut dengan anggota-anggota semut api si Kuak Jolok. laungan 'rasuah' ' rasuah' seperti dalam skrip kedengaran bergema. kenapa oh kenapa~
tapi ke mana ketua penyapu pergi?? adakah bekal tempenya tertinggal??
ucapannya juga sungguh talam bermuka-muka sekali..mungkinkah dia teringin sekali untuk menjadi model paling seksi satu hari nanti??

Akhirnya, setelah lama mengidam utk menjadi org no.2 yg boleh akses kepada bilik2 hotel menerusi pakej vvvvvvvvip telah menjadi kejayaan. Akulah model no 2 paling seksi di Malaya. Akulah org yg akan akses mana2 bilik2 hotel mewah tanpa bayar. hohohoh~ slps ni, mana aku nak bercuti ye?? mmm *saspen~!!
kesian ali tomoi, baru je nak kepak body, dah kena heret keluar gelanggang. camne ni,camne ni.. menang takder fight ah~ huhu, si taib pulak, mmg tak berapa bijak. ingat org tak ingat skandal dia kat airport dulu?? hoho, kalau kes melibatkan duit ni, sampai bebila pun org ingat la taib, tambah2 lagi org2 dalam set pemilihan neh. tu la ko, ada duit, sharing laa sket ngan diorang.. huhu. tgk cam aku, rilek je main cucuk angin, kutuk model seksi yg lepas sket, komplen sket, up sket model yg baru, kan dah menang~ hohoh

hahaha.. skrip sudah habis di baca.
set akan ditutup tak lama lagi
model paling seksi akan dapat crown
ke mana bekas model selepas ini...
mungkinkah mewujudkan blog dan mengkritik model masa depan?
hohoho
misteri2..
saspen2..

ibu melihat kedewasaanmu


duhai anak
(dedikasi puisi untuk ibuku)

duhai anak,
ibu melihat kedewasaanmu
sebagai tanda bukti,
benih terakhir
pewaris yg dikurniakan oleh Zat yg Maha Agong
tanda cinta ibu kepada si suami tercinta

duhai anak,
ibu melihat kedewasaanmu
dari engkau sebesar telapak tangan
sehingga menjadi seseorang
dari yang tiada dan kosong
menjadi ada dan berisi

duhai anak
ibu melihat kedewasaanmu
dan hati ibu tidak pernah tenteram
jiwa ibu sentiasa kacau
di tikar sejadah ibu bermohon
moga dijauhkan sebarang keburukan
dijauhkan sebarang kesulitan
dipermudahkan segala urusan
buat anak-anak ibu yang jauh di rantauan

duhai anak
senyumanmu ibarat penawar sakit pening ibu
kepulanganmu ibarat penawar rindu dendam ibu
peluk ciummu melepas segala seksa batin penantian ibu
dan tinggallah sekejap untuk mendampingi ibu
di hari-hari tua ibu

duhai anak
andai masa ibu telah sampai
jangan pernah mengeluarkan air dari matamu yg cantik
jangan pernah merintih dengan menggunakan suara dari bibirmu yg mulus
kerna ibu amatlah lemah
kerna ibu amatlah lemah
dan kerna ibu amatlah lemah
tiadalah tertanggung roh ibu melilhat airmata itu nanti
tiadalah tertahan mendengar sayup suaramu
tiadalah tenang perjalanan ibu
menuju ke tempat pengabadian yg telah tersurat..

jinan

akhbar lucah harakah dan majalah bogel suara keadilan diharamkan 3 bulan

mutakhir

akhbar lucah harakah dan majalah bogel suara keadilan diharamkan 3 bulan oleh kdn kerna menyiarkan berita2 panas dan sentiasa sensasi. gossip2 liar yg sentiasa menghiasi berita2 dalam kedua-dua akhbar tersebut dikhuatiri boleh membuka minda rakyat2 marhaen yg sentiasa dahagakan cerita2 panas dalam dan luar negeri.
sekadar kebetulan, dalam tempoh itu juga, telah berlangsung pemilihan artis2 baru bg mewakili 2 bukit dan satu batang, di mana berita mengenai tidak dapat dijadikan berita cover atau muka depan akhbar2 tersebut.
sebagai pilihan, rakyat2 marhaen kini boleh memilih untuk mengklik laman2 web blog2 lucah yg terdapat bersepah di alam maya, atau terus melanggan majalah aksi terbitan astro yg bercerita mengenai kehidupan artis2 baru nak naik melalui pertandingan realiti air mata dan air hidung yg juga bersepah2 di kaca glass tb masing2 kat rumah. kalau masih blom cukup, rakyat2 marhaen boleh membeli banyak lagi majalah2 yg sungguh berfaedah dan mempunyai banyak ilmu pengetahuan di dalamnya seperti manggis, hello yg sentiasa memaparkan gambar artis2 yg memakai purdah beraksi di tepi2 kolam renang, dan bergambar jarak jauh dan tiada aksi berpeluk2 di antara rakan artis lain ibubapak.

sekian.

emperisisme cinta

berasal dari bahasa yunani, empeiria bermaksud 'pengalaman'. aku tak nak mengulas panjang mengenai penganut2 fahaman ini, tapi aku cuma nak mengambil perkataan tersebut sebagai kata kunci nota ini.
perkataan cinta hanyalah sekadar penyedap tajuk di atas. aku tanak mengulas pasal chenta ni pasal aku bukan ahli dalam empirisisme cinta.

apa yg aku nak kongsi adalah sebuah ulasan karangan Dinsman yg bertajuk 'Apabila Tajudin Rahman panas telinga dengar puisi ... '( http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019745&Itemid=90 )
Tajuddin Rahman adalah ahli parlimen Pasir Salak a.k.a merangkap bekas pengerusi kolej aku dulu a.k.a org yg memiliki kabel kuat Pak Lah ( claimn by him) since aku ada sejarah yg agak tak ngam ngan dia, aku happy bila baca ulasan karangan Dinsman. dek kerana kegembiraan itu, aku nak berpuisi mlm ini.

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.


jinan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..