Kisah seorang budak dan impian


Kisah seorang budak dan impian

Ada seorang budak, sedang berdiri bersembunyi di sebalik sebatang pokok yg agak rendang. Di tangannya kelihatan sekeping surat yg agak kusam,barangkali telah lama digengamnya surat itu. Di dalamnya, tersimpan beberapa ayat yang amat ringkas, namun kerisauan yg ujud dalam hatinya telah membataskan niat asalnya untuk memberikan surat tersebut kepada seseorang. Seseorang yg telah lama disukainya, seorang bekas teman, seorang bekas rakan, seorang bekas sahabat dan seorang bekas yg tersayang.

Dia asyik memerhatikan kelibat si gadis itu, dikelilingi oleh gelak ketawa rakan2 nya, dipenuhi oleh hadiah2 mahal, bunga2 yg bertaburan.. bergetar hatinya apabila teringatkan hadiahnya cuma sekadar sekeping kertas murah, yg di dalamnya cuma ditulis dengan pena berharga 50 sen. Perlahan-lahan budak itu mengeluh sendiri,bukanlah menyesali keadaan diri, namun dia terkenang akan salahnya sendiri, atas perbuatanya, atas kelakuanya.

Tiba-tiba dia terdengar gelak ketawa yg agak kuat, perlahan-lahan dia mengintai dari celah dedaun pokok, kelihatan seseorang yg segak bergaya sedang bergurau mesra dengan si gadis itu. Rona gembira jelas kelihatan pada wajahnya, senyuman yg paling manis pernah dia lihat dan segala2nya kelihatan lengkap dan ceria. seperti sebuah kisah kayangan. seperti berada di alam bunian.

Mendongak budak itu ke atas, menelaah birunya langit di hari itu, mencari arah gerakan awan, merasai bahangnya pancaran matahari.. dan perlahan2 surat yg digengamnya terlepas..melayang2 jatuh ke tanah dan di hembus si bayu angin.. terkupas segala isi rahsianya..yg tertulis

''hari lahirmu adalah permulaan sebuah perhubungan..selamat ulang tahun dan selamat hari lahir.."



dan budak itu..adalah aku.



14 december 07

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..