Usai menunaikan solat isya', aku termanggu di sejadah, air mata merembes kencang.  teringat  saat-saat bersama arwah tok ketika memandang poster tok guru.  "manih sungguh tok guru bila senyum," komen tok sambil tersenyum.  seraya memandang poster besar yang terpampang gambar tok guru, aku mengiyakan kata-kata arwah tok di dalam hati.  
aku pernah menghadiri ceramah-ceramah yang melibatkan tok guru di sekitar terengganu dan kL, namun belum berkesempatan untuk bertentang mata dan bersoal jawab secara peribadi, walaupun di dalam hati ada menyimpan niat untuk berbuat demikian.  sehinggalah malam ini, 12 februari 2015, tok guru telah dipanggil untuk menghadap sang Pencipta, dan sekaligus niat ku akhirnya hanya tinggal sejarah.  tenang-tenang lah di sana duhai sang murabbi. al fatihah

Puisi buat tok guru

tenang lah di sana duhai sang murabbi
pergimu menghadap Ilahi
pergimu pasti tidak akan kembali
dan pasti akan diratapi

dunia sudah cukup melelahkan
kisah perjalananmu bakal menjadi lipatan sejarah
setiap amanat dan kata-kata nasihatmu akan menjadi azimat
menjadi pegangan dan pembakar semangat
buat mereka yang mencari dan mengerti
bahawa dalam perjuangan, perlukan istiqamah

panjang perjuanganmu
banyak dugaanmu
sabar dijiwamu
tegas prinsipmu
senyum dibibirmu
sederhana perwatakanmu
semuanya akan diingati
oleh setiap yang memilik hati
di bumi ini
bermula malam ini..

al-fatihah..

enj
feb 13th 2015


Hello 2015!.

Malam itu..

Barangkali sudah kehilangan ayat terbaek, bagi merungkai setiap peristiwa yang berlaku.  barangkali juga, kita ingin lari dari kehidupan kota, dan terjelupuk lesu di pantai yang pasirnya putih, menganjur dari teluk ke muara, merasakan angin menyapa lembut pipi kita, bahang laut mencium ubun2 kepala, merasa keperitannya, namun dalam penuh nikmat, kita merasa sedikit bebas dan tenang.  maafkan aku pasir yang puteh kerna sanggup menanggung beban beratnya badanku menindih kamu, maafkan aku angin malam kerana berusaha memeluk tubuhku dengan penuh kesegaran, maafkan aku bintang-bintang kerana membenarkan mataku menikmati keindahanmu pada malam ini, seolah menonton tayangn realiti, kamu berkelipan di atas sana, sesekali hilang dan muncul kembali, seolah malu berlama-lama untukku tatap.  muzikku desiran ombak yang mengalunkan irama jazz, bergema dalam laungan telinga...sempurna malamku..

coretan dari p.d
en.nal.jinnal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..