
tanah ini asalnya milik sendiri
kemudian datang mereka
menjajah dan menjarah
dengan kelengkapan yg terkini
mengaut hasil pribumi
kemudian bangkit si pribumi
melawan dan bertahan
dan sesetengahnya sekadar berkawan
dan yang berkawan memohon kemerdekaan
dari penjajah yang menjajah tanah ini
yang asalnya sendiri sudah bebas merdeka
dan sekarang tanah ini
bersorak menyambut kemerdekaan
yang asalnya tiada erti
kerana tanah ini asalnya..
sudah merdeka...
al-fatihah buat as-syahid tok janggut yg meninggal dalam menentang penjajah
“Jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.” “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”. “Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya.” - Pahlawan Islam Dato Bahaman
No comments:
Post a Comment