Presiden Iran vs amerika

hari ini, Ahmadinejad berjaya memenangi pilihanraya Iran, Ahmadinejad menang dengan 61.6 peratus undi diikuti Mousavi dengan hanya mengutip 32.5 peratus undi.
Aku bukanlah peminat pilihanraya Iran, namun kagum dengan peribadi Ahmadinejad itu sendiri.
Kadang-kadang, cuba untuk membandingkan peribadi dia dengan PM 1Malaysia, tapi x sama langsung. ada jugak pandangan dari blog2 lain yang mengatakan dia ni bukan dari kalangan ulamak, tp secara peribadi bg aku, pe de hal. ulamak ke, x ulamak ke, tgk la peribadi dia camne. salam ngan perempuan bukan mahram pun tak, harta paling bernilai satu kereta buruk je, bawak bekal gi opis, gaji sebagai presiden dia tak sentuh, apa lagi yg orang Iran nak aa selain dari seorang manusia yang begitu berhati2 dengan segala pemberian Allah kepadanya? Dia je sorang wakil dari negara Islam yang berani menyatakan perkara2 yg betul, yg lain senyap cam tikus. yg tau, asek nak mengampu amerika. seolah2, kalau amerika tak bagi sokongan kat negara tu, maka hancurlah negara tu.
aku bukan pro-iran atau anti amerika, tp aku benci dengan pemikiran dangkal, dengan sifat tikus pemimpin2 yg ada sekarang. nak kata bodoh, sume dari kalangan pemimpin ni ada ijazah hebat2. tak boleh ke dengan minda yg hebat tu, pk kan satu cara survival bg negara masing2 tanpa bantuan amerika? ada apa dengan dollar? ada apa dengan wall street?
cuba try imagine, kalaulah negara2 arab dan negara2 pembekal minyak dunia yg tak sekepala ngan amerika amik keputusan untuk menghentikan bekalan minyak ke sana atau meletakkan harga yg lebih tinggi tuk diorang, camne agaknya yer. Pastu, negara2 yg memiliki rempah ratus juga membuat perkara yg sama, pastu negara2 yg tak sekepala ngan amerika ni menghentikan hubungan diplomatik ngan amerika,maknanya, tiada pelajar ke sana, tiada yg migrate ke sana, ke manakah halatuju amerika ye? PBB? PBB cumalah satu kotak kosong yg tiada makna. adanya PBB bermakna adanya kuasa veto. adanya kuasa veto bermakna negara2 yg memegang kuasa ini akan terus menjadi raja.
Inilah yg Ahmadinejad cuba lakukan sekarang. melaungkan satu 'wake up call' untuk negara2 yg asyik mengangguk2 dengan perintah amerika, dan ini yang amerika terutama israel takutkan. mereka takutkan rakyat2 dunia sedar akan situasi yg sepatutnya berlaku tp tak sepatutnya berlaku.
dan kita,selagi ber 'PM' kan org2 yg beraliran amerika, akan terus memekakkan telinga akan bunyi2 loceng yang telah Ahmadinejad bunyikan.

1 comment:

Balqis said...

setuju 100%!!!

tahniah ahmadinejad! memang tawadhuk dan rendah diri dia tu! Buat kerja pun rilex jer, tak kecoh2 tapi jalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..