Diskaun 50% untuk lesen bagi pelajar

Berita Sampingan 1Malaysia
hari ini, pelajar ting 4 dan 5 bakal mendapat diskaun 50% untuk lesen motosikal - ketua pengarah JKJR.

hehehe - yes!! berita best tuk pelajar
yes!! pas sekolah leh rempit ramai2!!
yes!! sblm g skolah leh test power moto
yes!! saper menang bet, leh angkut minah tingkatan 4,kelas anggur merah tuh~

huhu...
saspen!!

15 min tuk bayar tol terlalu lama!!

Sorang yg memiliki kuasa dalam kerajaan 1Malaysia ari ni, telah mengadu, bahawa dia telah bersusah payah memandu keretanya sendiri untuk merasa betapa peritnya rakyat marhaen beratur tuk membayar tol.
..dan akibatnya, dia telah 'terpaksa' beratur selama 15 MINIT bagi membayar tol.
..akibat daripada itu, dia telah memberi beberapa cadangan bernas bg memberi 'keselesaan' untuk dia beratur lagi lain kali.
..antara cadangan beliau adalah, supaya byk lagi kempen digerakkan agar pengguna jalan raya menggunakan touch 'n go dan smart tag ngan lebih meluas.
..cadangan lain lagi, agar proton dan perodua dapat memasukkan smart tag sebagai aksesori tambahan buat pembeli kereta.
..sekian, berita semasa 1Malaysia.

Hahhaha..hebat2!! ini cadangan bagus!! ini cadangan budak sekolah!! ini cadangan budak2 sekolah yg buat karangan bahasa Melayu... ini cadangan anak2 baru belajar memandu!! ekekekekek..kahk hakahakahakahakah~
Hebat ni weyh~ ini cadangan dari Pak menteri ni!! sumer org kena ada touch n go!! sumer org kena ada smart tag!! drebar2 lori, drebar bas kena ada touch n go sendiri!!
mat-mat rempit yg yg bawak keta kena ada touch n go.
Hebat cadangan pak menteri nih!!
Menteri dulu sibuk bina lebuh raya!! menteri sekarang sibuk suruh rakyat guna touch n go!! memang pasangan serasi. hahahhahah!!

..kalau tanak beratur bayar TOL, buat pe buat TOL. Robohkan saje la TOL tu. bising2 plak.
..tp kalau takder TOL, takder laa awek2 cun yg keja TOL..
..kalau takder TOL, pak menteri takder keja la pas ni..xleh laa nak memandu sendiri kereta untuk merasa pengalaman pertama beratur bayar TOL.
..pastu, apa jadi....????

misteri la ...

You're TERMINATED!!

seorang rakyat marhaen mengadu, "aku telah di'terminated' dari kontrak aku..."
seorang ketua telah mempolitikan tempat kerja untuk meraih ahli tentera pink...
"isi borang keahlian dan tempat anda terjamin"
"if not, you can get lost"
...dan dia pun ditamatkan kotrak dari berkhidmat dengan kerajaan yg mana slogannya 1Malaysia..
..apa yg dia perlukan sekarang.. 1Job..
..supaya dia boleh mendapat.. 1Nafkah..
..dengan harapan,dapat meringankan beban.. 1Suami..
..tapi apakan daya, dia telah dibebani dgn.. 1Borang..
..dan borang itu memerlukan dia menjadi sebahagian dari geng 1Pink..

hahaha..ni apa ke hal geng pink neh?? dah tak ramai pemudi di luar sana nak join geng2 pinky ke??
wakakakaaka..ni misti kes, pemudi2 sekarang suka kaler yg ganaih2 kot.. hehehe
huhhuhuhu.... sumer org suka kaler hitam2 sekarang...

kalau dah akar umbi giler kuasa, pucuk hujung2 pun misti giler gak kot.. heh
mister kan??
konpem saspen!!

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3)

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3)

dicopy lagi dari Ibnuyaacob

flu

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?

Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema

Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;

“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”

Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;

“I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”

Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.

(Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad

Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.

Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?

Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel

Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.

Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.

Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.

Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.

Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.

(Gambar) David Ben Gurion

Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.

(Kiri) Logo IIBR (Kanan) Bangunan IIBR di Ness Ziona, Israel.

Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel

Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.

Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.

Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.

Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan

Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;

“Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.

Wallahu’alam …

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2)

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2)

di copy lagi dari Ibnuyaacob

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

(Kiri) Franklin Roosevelt, Presiden Amerika 1933-1945 (Tengah) David Icke, Penyiasat Konspirasi. (Kanan) Richard Nixon, Presiden Amerika 1969-1974.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;

  • Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
  • Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
  • 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Wallahu’alam …

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

di klik and copy terus dari Ibnuyaacob.

swflu

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah …

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

(Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;

“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

politik hina dina

..hari ini, kata utusan meloya, Pas mula dilanda politik wang sempena muktamar agung tahunan parti tersebut yg akan berlangsung tak lama lagi.
..hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali, tiada politik wang dalam pemilihan Pas
..hari ini,kata aku.. takyah laa utusan nak menyamatarafkan parti sampah ngan parti Pas dengan perilaku tak bermoral itu. Pas tak sama ler..udah2 la tu nak mensasikan berita.

..dulu, aku rasa, org2 kat utusan tuh amik port tak agaknya bila Pas adakan pemilihan agung..
..agak2 diorang tahu ke tarikh muktamar Pas ek??


misteri yg tetap saspen...
keh..keh..keh..

Nizar MB PERAK yg sah

...dan hari ini, mahkamah tinggi masih memiliki kredibiliti selaku pusat memutuskan hukum
..dan hari ini, mahkamah tinggi telah mengembalikan hak seorang MB yg telah dirompak secara paksa
..dan hari ini, MB perak yg sah, Dato Seri Nizar telah dikembalikan hak sebagai MB yg sah
..dah hari ini, kerajaan Najib harus melakukan sesuatu bg membatalkan keputusan mahkamah tinggi itu jika ingin terus bercita2 merompak negeri Perak!!

Takbir!! Takbir!! Takbir!!

..dan sesungguhnya kemenangan itu telah dikembalikan kepada org yg telah dijanjikan kemenangan!

speaker diusung keluar

speaker diusung keluar dewan.
anihnya, ia memerlukan beberapa gerombolan manusia untuk mengangkut speaker tersebut.
mungkinkah speaker tersebut sgt berat dan memerlukan byk tenaga untuk mengangkat nya??
berapakah watt speaker tersebut? adakah ianya didatangkan sekali dengan subwoofer?
speaker yg masih berguna itu telah diusung keluar dan digantikan dengan speaker baru yg belom diuji taraf sirim nya. jaga2 aaa..nanti speaker baru meletop dan rosak, tatau~ kuikuikui
apapun..
biarkan ianya menjadi
misteri
dan
terus
saspen~

tercalar dan tercabar

hari ini
jiwa demokrasi tercalar lagi
oleh tangan2 yg rakuskan kuasa
hari ini
jiwa demokrasi tercabar kembali
perihal hukum aturannya sudah bisa dikalih dari paksinya
oleh jiwa2 setan

tk

Mat Sabu berjaya ditangkap

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini. Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

akhirnya mat sabu berjaya ditangkap tanpa bukti lengkap dan tanpa waran.
alahai, nasi pon blom habis dicerna lagi dalam perut da kena tangkap.
macam citer aksi filem hollywood lak, puk-pak-puk-pak, kuar restoren terus tangkap..
kesimpulan, sumer rakyat malaysia boleh ditangkap tanpa waran.

huhu..
misteri2~
saspen2~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..