Terima kasih sahabat

Terima kasih sahabat

24th April 24, 2008

Banyak perkara yang berlaku, banyak benda yang hendak dibuat, banyak kejadian yang hendak diambil pengiktibaran. Semuanya telah terangkum dan menunggu masa untuk dirungkai.

Aku ingin menulis tentang kehidupan. Bagaimana ya kita menghargai kehidupan. Dalam satu ruang lingkup kehidupan, banyak warna yang mewarnainya. Ada warna yang melambangkan semangat,ada warna tentang perasaan, ada warna tentang cinta. Perihal sebuah perasaan membuatkan aku ingin menulis tentang perkara kehidupan.

Baru-baru ini, aku telah tergerak hati untuk menghubungi seorang kawan lama, dan dia memiliki satu cerita yang sangat menarik untuk aku kongsi di sini. Kerana telah merasa dirinya diabaikan, dia telah mengambil satu jalan singkat untuk menyeksa dirinya sendiri, atau dalam erti kata lain, mencuba untuk membunuh diri. Serius,aku agak terkejut mendengar cerita dia, menelan panadol dalam jumlah yg banyak,menyebabkan badan beliau menjadi lemah, ditambah dengan kehilangan selera makan dan akhirnya dimasukkan ke wad hospital. Apabila doctor datang merawat, dia telah dinasihatkan untuk berjumpa dengan seorang pakar psikatri bagi membincangkan tentang masalah yang dia hadapi. Sekarang, alhamdulillah, dia telah menyesal akan perbuatan bodohnya.

Namun, masalahnya tidak berakhir di situ, akibat pengambilan panadol yg banyak, hatinya telah mengalami kerosakan yang agak teruk dan tidak dapat dipulihkan. Termanggu aku mendengar berita yang dia sampaikan. Siapa ya hendak disalahkan? Teman lelakinya yg meninggalkannya? Kebodohan dirinya? Atau ingin menyalahkan perasaan yang wujud sehingga dia bertindak melampaui batas? Aku sendiri tidak dapat memberikan jawapan. Tapi, jujurnya, aku bersyukur bila dia sendiri telah insaf. Memang dia seorang anak gadis yang agak nakal, dan kejadian itu telah membuka mindanya tentang erti sebuah kehidupan yang sepatutnya dia hargai. Dan atas sebab itu, aku bersyukur untuknya.

Beberapa minggu yang lepas, aku telah berkenalan dengan seorang permpuan yang cantik. Bertuah aku dapat berkawan dengan dia, namun, yang cantik itu tak semestinya sentiasa bahagia ya. Dan beberapa minggu yang lepas jugalah, aku selalu mendengar tentang masalah dia dan keluarganya. Kadang-kadang kisah dia seperti yang biasa berlaku dalam drama swasta. Perihal keluarga yang mengabaikan dia, emak yang selalu memaki dia, teman lelaki yang telah meninggalkan dia. Haih, pelbagai orang yang aku jumpa, bermacam la kisah yang wujud. Kerana aku itu aku, perasaan ingin membantu itu akan sentiasa wujud, kerana kehidupan yang memiliki banyak warna ini, terlalu indah untuk kita abaikan, untuk kita habiskan dengan selalu bersedih, untuk kita jalani dengan perasaan gundah.. kerana aku seorang kawan, aku akan sentiasa membantu sekadar yang termampu, selagi diizinkan oleh Dia, kerana aku ingin setiap kawanku menghargai nilai erti sebuah kehidupan dan selainnya, nilai erti sebuah persahabatan yang aku hulurkan.

Terima kasih sahabat kerana sebuah persahabatan ini.

sekitar book fair @pwtc 2008

KL book fair 2008@ PWTC

with ain miera : one of the bestseller novelist in Malaysia

looking for the right ......

'meriah'

'one of a kind'


'sasbadi booth- keluaran buku wajib dimiliki oleh aku time blajar skolah dulu'


'PNM booth -claimed to win the 1st place among government agency booths'

'their entrance arch-pnm booth'

'PNM agency kiosk'

so many pictures to be added here, but don't have so much time to upload. anyway, this is my first booth at KL international book fair 2008, and my design has won the first place. Thanks to all my team and thanks to PNM for their very warm and friendly. very talkative people from there. huhuh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..