permulaan tahun yang mengagumkan..

wahhh... malaysia telah memulakan tahun barunya dengan langkah yang sungguh bergaya sekali. Sejarah pertama telah tercipta apabila skandal seks seorang menteri telah terbongkar. apa motifnya? aku pun tak pasti, cuma pendedahan ini sebenarnya agak menimbulkan bermacam2 spekulasi dikalangan rakyat2 marhaen sekalian. seorang menteri yg sebelum ini bebas dari sebarang skandal yg panas2 seperti rasuah or so whatever, tiba2 terbabit dengan skandal seks di sebuah hotel..("isteri dan anak2 menyokong saya..?"haha)
skandal di kalangan menteri agak normal laa kan, tapi bila dah siap di jadikan DVD, ini sebenarnya agak menimbulkan 'curiousity' yg dalam.. kenapa menteri ini yang dijadikan mangsa?? kenapa gambar yg dirakamkan itu adalah dari cctv?? adakah org dalam yg berkuasa terlibat sama?? kalaulah org dalam yg terlibat, siapakah watak disebalik tabir tersebut?? siapakah pengarahnya?? org biasa (anak2 ikan) takkan berani nak kuarkan DVD yg melibatkan menteri neh. giler apa!!
inilah yg membuatkan aku asek berfikir..kalau laa ada org nak pedajalkan menteri neh, mesti dari musuh2 politik beliau. takyah tengok dari kalangan pembangkang laa, tengok jer sekeliling beliau. mesti ada manusia yg tidak berpuas hati ngan beliau kot, yer laa, katakanlah, musuh dia ni, tahu tentang segala skandal yang melibatkan beliau, tetapi si musuh ni tak berpuas hati kerana menteri neh asek terlepas jer dari sebarang gosip liar or skandal. ditambah lagi, jawatan yg dipegang menteri ni, lebih daripada si musuh, maka, si musuh neh akan mencari jalan untuk menjatuhkan beliau..(hmmm, itu cuma anggapan aku laa).. TETAPI, kalau pembangkang yang mendajalkan menteri neh, rasa2nya, it doesn't worth at all.. but, maybe, disebabkan tarikh pilihanraya yang semakin tak menentu sekarang, maka pembangkang menggunakan taktik ini unutk menunjukkan kepada rakyat bahawa, menteri yg paling bersih sekalipun (aku tulis bersih sebab dia ni berkait rapat ngan kesihatan..huhuh) pasti terlibat ngan skandal.. hahaha.. ada gak point kat situ kan. hmm..IF anak2 ikan yg mendajalkan beliau, haha..tak lama laa anak2 ikan neh..
tapi apapun, menteri ni pun dah melepaskan segala jawatan beliau (musuh beliau pasti bersorak riang)(mebi beliau terpaksa melepaskan jawatan tersebut setelah 'dinasihati' oleh PM.walaupun dengan hati yg berat..huhu -spekulasi) which is good untuk kesihatan rakyat jelata semua.. haha..
inilah permulaan tahun baru bg Malaysia.. seks skandal dikalangan pemimpin.. ini tak masuk lagi kes2 lain, dadah yang tak selesai2, rogol, samun, rompak yg semakin berleluasa, pecah rumah, gores dan menang (sekarang da jadi koyak dan menang) pelacuran, moral yg semakin menjatuh..
seperti sebiji buah, luarannya sangat licin dan cantik, tapi dalamnya, semakin terhakis akibat seekor ulat yg berleluasa memakan isinya sedikit demi sedikit.. bagaimanakah kita menghadapi tahun ini agaknya..?? yang paling kelakar...Bandaraya kuala terengganu.. bersediakah rakyat terengganu melalui proses 'membandarayakan' diri mereka..??

karya di pangkor

-karya seorang amatur di pangkor-
ini adalah karya pertama aku sebagai seorang peminat foto. maybe composition, lighting dan sebagainya masih lagi belum sebaik yg mungkin, namun aku suka kepada penceritaan yg dihasilkan dari setiap gambar yg ku ambil. so, enjoy the story..

-wanita dan ombak-tidak selalu tenang

-christmas fever-




-1st time snorkelling-sacred of the sea
-constant wave- am i ever going to find out??

-longing for someone..-


-happy family-

-show me how to enjoy the beach-





-masih bertahan- i love this photo..





-daddy's love-
for my 1st time as an amature photographer, i would like to say, i'm proud with my masterpiece. most of all, i enjoyed snapping people's smile, the story behind it made me realize that there's so much more in this life we have to learn to appreciate..
thanks-
designatist's studio'08



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku tali kasut ku..





Empirisisme Chenta si tali kasut

Empirisisme cinta

detik membentuk waktu
ibarat perjalanan darah di setiap pembuluhnya
tidak berhenti
si gadis bergerak pantas,
membawa sebotol air dan tas tangan
di dadanya tersemat perasaan cinta
empeiria dan warisan bangsa tinggalan
yang sedang dibunuh oleh bangsa kongkalingkong
akan sama ditegakkan kembali
itu janjinya pada bakal anak dan cucunya
biarlah kehadirannya sepi,
kerna depan dan belakang ramai lagi yg sehati
putih baju mereka
suci niat mereka
tegar azam mereka
halatuju dan jati diri
terusan menanti pasti..
kerana hari ini adalah emperisisme cinta untuk masa hadapan.

anda tiada kredit untuk sms? sila try cara ini,oke ~


Send free text messages!
Please enter a cell phone number:

NO Dashes - Example: 7361829726

Please choose your recipient's provider:

SMS Messages

hikayatku

My photo
hikayat tali kasut yang bersimpang siur perjalanan hidupnya.. namun pada akhirnya, akan bertemu jua di hujung jalan..